Tia janji tidak akan tinggalkan Jinbara

Tia janji tidak akan tinggalkan Jinbara - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tia janji tidak akan tinggalkan Jinbara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tia janji tidak akan tinggalkan Jinbara
link : Tia janji tidak akan tinggalkan Jinbara

Baca juga


Tia janji tidak akan tinggalkan Jinbara

TIDAK menolak untuk tampil secara solo, Tia atau nama sebenarnya, Syamsul Bakhtiar Zakaria bagaimanapun berjanji tidak akan sesekali meninggalkan kumpulannya, Jinbara.

Tambahan pula, kumpulan rock itulah yang membantu menaikkan namanya yang dianggotainya, sejak sedekad lalu.

“Selagi ahli lain terima saya dalam kumpulan ini, selagi itulah saya akan terus jadi penyanyi Jinbara.

“Saya pun dah anggap mereka semua seperti adik beradik sendiri,” katanya.

Bahkan, katanya, pembabitan dalam pertandingan realiti, Gegar Vaganza 4 (GV4) juga adalah kerana Jinbara.

“Saya tak nafikan, show untuk Jinbara semakin berkurangan, sejak akhir-akhir ini.

“Jadi, saya harap agar rezeki kami akan bertambah dan semakin dikenali.

“Jika saya menyanyi solo pun, Jinbara tetap tak akan dilupakan. Macam kumpulan lain, ada juga yang menyanyi solo tapi masih lagi setia dengan kumpulan masing-masing,” katanya.

Pada masa sama, Tia juga tidak menyangka mendapat sokongan penuh daripada peminat Jinbara sendiri menerusi pembabitannya dalam GV4.

“Barulah saya tahu, masih ada lagi peminat Jinbara. Jujurnya, saya sangat terharu.

“Sebabnya, saya ingat orang dah lupakan kami. Lagipun, setahu saya, orang tak kenal individu dalam sebaliknya hanya mengenali Jinbara,” katanya.

Tia bersama kumpulan Jinbara
Lebih membanggakan, Tia berjaya melangkah sehingga ke peringkat akhir dalam GV4.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berjaya sampai ke tahap ini. Ini adalah satu kemenangan besar untuk saya.

“Saya sendiri tak terfikir akan mampu bertahan sejauh ini sebab itu saya tak kisah dengan apa-apa keputusan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai penyanyi berkumpulan, Tia mengakui cukup terkesan dengan nasib yang menimpa band popular, Kristal.

Lebih-lebih lagi, katanya, Kristal adalah sebuah kumpulan muzik terkenal yang sudah lama bertapak kukuh dalam industri hiburan.

“Saya berasal daripada penyanyi kumpulan, dah tentu saya juga sangat merasainya. Jujurnya, saya simpati apabila kumpulan ini berpecah,” katanya.

Menyifatkannya sebagai satu tindakan keanak-anakan, Tia bagaimanapun bersyukur apabila Jinbara tidak menimpa nasib yang sama.

“Biasalah, bila dah dalam satu kumpulan. Memang agak sukar, tapi kita juga perlu saling memahami di antara satu sama lain.

“Tapi, bila dah ditakdirkan begitu, itu semuanya kuasa ALLAH,” katanya.

The post Tia janji tidak akan tinggalkan Jinbara appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tia janji tidak akan tinggalkan Jinbara

Sekianlah artikel Tia janji tidak akan tinggalkan Jinbara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tia janji tidak akan tinggalkan Jinbara dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/tia-janji-tidak-akan-tinggalkan-jinbara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :