Judul : Miss Ghana Minta Nombor Telefon Lee Min Ho Daripada Miss Korea
link : Miss Ghana Minta Nombor Telefon Lee Min Ho Daripada Miss Korea
Miss Ghana Minta Nombor Telefon Lee Min Ho Daripada Miss Korea
Pertandingan Miss Universe 2017 yang berlangsung di Amerika Syarikat bulan lalu bukan saja menotakan Miss Afrika Selatan, Demi-Leigh Nel Peters meraih gelaran Ratu Cantik Dunia 2017 malah ada satu cerita lucu gara-gara peserta Miss Ghana iaitu Ruth Quarshie.
Kisah lucu tersebut didedahkan peserta yang mewakili Korea, Cho Se Whee. Baru-baru ini Miss Korea itu memuat naik foto dirinya bersama Ruth ketika sedang menikmati hidangan sekaligus mahu menunjukkan persahabatan mereka yang mula terjalin ketika pertandingan berkenaan.
Cho Se Whee kemudian menceritakan, bahawa sahabatnya itu berterus terang meminta nombor telefon pelakon sensasi kegilaan ramai, Lee Min Ho.
“Kesayanganku Ruth. Dia bertanya pada saya sebanyak 80 kali, nombor telefon dan alamat rumah Goo Jun Pyo (karakter yang dilakonkan oleh Lee Min Ho dalam drama Boys Over Flowers).
“Oleh kerana dia (Lee Min Ho) sudah putus dengan teman wanitanya, ini adalah waktunya (Ruth) untuk memulakan langkah,” tulis Cho Se Whee pada kapsyen foto tersebut.
Ikhlas mahu membantu temannya itu, Cho Se Whee kemudiannya meminta tolong kepada para pengikutnya sekiranya ada sesiapa yang tahu nombor dan alamat bekas kekasih Suzy Bae (Miss A) itu.
“Saya sebenarnya tidak tahu pun kalau dia (Lee Min Ho) ada kekasih. Kalau ada yang tahu nombornya, tolong beritahu saya,” tambahnya.
..
Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata netizen membalas komen menyatakan mereka berasa lucu dengan pendedahan itu. Malah ada juga pengikut yang membalas komen berbaur nakal mengatakan mereka juga ingin tahu nombor dan alamat rumah Lee Min Ho.
The post Miss Ghana Minta Nombor Telefon Lee Min Ho Daripada Miss Korea appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Miss Ghana Minta Nombor Telefon Lee Min Ho Daripada Miss Korea
Anda sekarang membaca artikel Miss Ghana Minta Nombor Telefon Lee Min Ho Daripada Miss Korea dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/miss-ghana-minta-nombor-telefon-lee-min.html