Judul : Richa dikejar peminat
link : Richa dikejar peminat
Richa dikejar peminat
Sikap obses peminat terhadap selebriti boleh membahayakan keselamatan mereka dan orang lain.
Baru-baru ini pelakon filem Goliyon Ki Rasleela Ram-Leela dan Jia Aur Jia iaitu Richa Chadha terkejut dengan tindakan peminat mengejarnya dengan basikal di jalan raya Bandra yang sibuk.
“Saya sangat takut dan risau ketika itu. Tindakan peminat membahayakan keselamatan mereka dan mengganggu pengguna jalan raya lain, lebih-lebih lagi pejalan kaki.
“Jangan harap saya nak berhentikan kenderaan untuk bergambar dengan mereka,” kata Richa.
Aktres itu bakal muncul dengan filem Fukrey Returns di samping Ali Fazal, Varun Sharma, Manjot Singh dan Pulkit Samrat.
November lalu, polis Mumbai memberi amaran kepada aktor Varun Dhawan yang berswafoto dengan peminat dari dalam keretanya.
Varun memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
The post Richa dikejar peminat appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Richa dikejar peminat
Anda sekarang membaca artikel Richa dikejar peminat dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/richa-dikejar-peminat.html