Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Bekas Suami Fasha

Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Bekas Suami Fasha - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Bekas Suami Fasha, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Bekas Suami Fasha
link : Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Bekas Suami Fasha

Baca juga


Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Bekas Suami Fasha

BEBERAPA bulan kebelakangan ini, kedengaran khabar angin kononnya wujudnya hubungan cinta antara pelakon cantik Nelydia Senrose dan Rizal Ashram Tan Sri Ramli Ngah Talib atau Jejai.

Malah, ada juga yang mengatakan kedua-duanya kononnya merancang mahu mendirikan rumah tangga.  Betul ke?

Hari ini, tuan empunya badan tampil menjelaskan perkara sebenar dan berharap agar segalanya terjawab selepas ini.

Menyifatkan berita tersebar itu tidak benar, pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu menegaskan statusnya masih single selepas gagal dalam percintaan sebelum ini.

“Memang saya ada terdengar gosip kononnya saya bercinta dengan lelaki berkenaan. Malah, ada juga rakan artis yang bertanyakan hal itu kepada saya, kerana kononnya mereka nampak saya keluar dengannya.

“Jujur saya katakan di sini, saya memang tiada sebarang hubungan dengan lelaki dimaksudkan itu. Malah, saya sendiri hairan macam mana perkara seperti ini boleh tersebar?” kata pelakon drama Setia Hujung Nyawa ini lagi.

Nelydia bagaimanapun mengaku berkawan dengan lelaki terbabit, namun perhubungan itu tidak lebih daripada rakan biasa.

“Saya akui, kami memang berkawan, tetapi setakat rakan biasa saja. Kalau keluar pun, kami berbuat demikian secara beramai-ramai dan saya ditemani kakak serta adik. Kami tidak pernah keluar berdua.

“Selepas putus cinta beberapa tahun lalu, saya belum ada kekasih. Saya seorang yang sukar untuk jatuh cinta,” kata Nelydia, lapor Berita Harian. 

Kata artis yang bakal menyambut hari lahir ke-23 pada 30 Julai ini, jika satu hari nanti jodohnya tiba, beliau berharap biarlah lelaki itu seorang yang matang dan mampu membimbingnya menjadi isteri yang baik. – MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Bekas Suami Fasha

Sekianlah artikel Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Bekas Suami Fasha kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Bekas Suami Fasha dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/nelydia-senrose-nafi-bercinta-dengan_12.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :