Leka berlatih, lesap hampir RM500,000 di Sepanyol

Leka berlatih, lesap hampir RM500,000 di Sepanyol - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Leka berlatih, lesap hampir RM500,000 di Sepanyol, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Leka berlatih, lesap hampir RM500,000 di Sepanyol
link : Leka berlatih, lesap hampir RM500,000 di Sepanyol

Baca juga


Leka berlatih, lesap hampir RM500,000 di Sepanyol

USAHAWAN terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kerugian lebih RM500,000 selepas dirompak ketika menjalani penggambaran muzik video lagu Abang Nak Tegur di Sepanyol, baru-baru ini.

Kecurian membabitkan wang tunai RM19,000 (4,000 euro), tiga cincin berlian bernilai RM300,000, jam tangan Cartier RM120,000, beg sandang Solvatore Ferragamo RM3,000, telefon bimbit iPhone X, kredit kad dan kad pengenalan.

Syukri berkata, dia hanya mendedahkan perkara itu di laman Instagram miliknya sebaik pulang ke tanah air Isnin lalu kerana enggan dituduh sengaja mencipta gimik atau mereka-reka cerita.

“Ini kejadian terburuk pertama menimpa saya ketika bercuti ke luar negara. Saya fikir berada di negara maju dan kaya bebas dari jenayah.

“Namun ketika membuat laporan polis di sana, mereka memaklumkan kejadian seumpana ini sering terjadi kepada pelancong asing.

“Saya sangat sedih kerana semua barang kesayangan lesap sekelip mata. Saya terus hilang ‘mood’ hendak menjayakan penggambaran muzik video,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Syukri, kejadian berlaku hari pertama sampai di sana ketika dia membuat sesi ‘live’ di Facebook ketika berada di kelas tarian.

“Beg yang menyimpan semua barang peribadi saya ada di situ. Selepas selesai, saya dapati beg hilang.

“Mulanya saya menyangka penari yang ambil tapi selepas meneliti semula rakaman ‘live’, ternyata ia diambil seorang lelaki,” katanya.

Syukri turut memuatnaik wajah lelaki yang dikatakan sebagai suspek utama berdasarkan rakaman video di ‘live’ Facebook miliknya.

“Saya dimaklumkan lelaki itu memang mengekori saya dari hotel. Saya pada mulanya menyangka dia penyambut tetamu di tempat itu.

“Saya dimaklumkan oleh pelakon Fauzi Nawawi individu terbabit rakyat Malaysia,” katanya.

Syukri bakal membuat laporan di balai polis Damansara Damai, petang ini.

The post Leka berlatih, lesap hampir RM500,000 di Sepanyol appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Leka berlatih, lesap hampir RM500,000 di Sepanyol

Sekianlah artikel Leka berlatih, lesap hampir RM500,000 di Sepanyol kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Leka berlatih, lesap hampir RM500,000 di Sepanyol dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/leka-berlatih-lesap-hampir-rm500000-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :