Judul : 'Saya masih sayangkan dia dan takkan berpisah' - Bella
link : 'Saya masih sayangkan dia dan takkan berpisah' - Bella
'Saya masih sayangkan dia dan takkan berpisah' - Bella
Bagi Bella, dia tidak berhasrat untuk berpisah dengan Aliff Aziz, 26, walau apapun persepsi orang lain terhadap kejadian itu, selain perasaan cintanya terhadap Aliff, dia juga mengambil kira kepentingan anak sulungnya yang baru lahir.
Bella juga menafikan tuduhan kononnya Aliff seorang kaki pukul, sebaliknya lelaki itu bukan seperti yang didakwa, malah tidak pernah mengasarinya sejak mereka berkahwin pada 9 September 2016.
"Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya. Malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam.
"Sebaliknya apa yang berlaku pada hari kejadian hanyalah pergelutan dan dalam situasi itu secara tidak sengaja dia mencederakan saya," katanya memetik laporan dari portal mStar Online, semalam.
Tegasnya, tanggapan yang dibuat terhadap Aliff sebagai kaki pukul juga adalah tidak adil kerana lelaki itu tidak pernah bersikap 'naik tangan'. Apa yang berlaku dalam rumah tangganya ketika ini hanyalah disebabkan orang ketiga yang cuba meruntuhkan kebahagiaan mereka.
"Sepanjang kahwin, dia tidak pernah memukul saya, malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami, Mohamad Ayden Adrean," katanya.
Terdahulu, Aliff dilaporkan berdua-duaan dengan Afifah di sebuah pusat hiburan ketika ditemui oleh Bella yang datang bersama ibunya ke pusat hiburan tersebut untuk mencari suaminya.
Dalam kejadian itu, berlaku pergelutan di antara Bella dan suaminya menyebabkan Bella mengalami kecederaan sebelum membuat laporan polis atas dakwaan telah dipukul oleh penyanyi kelahiran Singapura itu.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 'Saya masih sayangkan dia dan takkan berpisah' - Bella
Sekianlah artikel 'Saya masih sayangkan dia dan takkan berpisah' - Bella kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Saya masih sayangkan dia dan takkan berpisah' - Bella dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/saya-masih-sayangkan-dia-dan-takkan.html