Larut British Malaya

Larut British Malaya - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Larut British Malaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Larut British Malaya
link : Larut British Malaya

Baca juga


Larut British Malaya

Selama 37 tahun menjadi pelakon, tidak pernah sekali pun Hilal Azman berasa jemu.

Walaupun pernah menyepi seketika dari industri hiburan ketika kegawatan ekonomi pada 1997, namun jiwanya meronta-ronta untuk kembali aktif.

Ternyata ‘kepulangannya’ dalam dunia seni diterima baik peminat dan penggiat seni tanah air, malah dia turut diberi watak penting dalam drama lakonannya.

“Zaman gawat dulu saya pulang ke kampung di Taiping, Perak dan menetap di sana. Saya mengusahakan perniagaan seni reka dan selepas 10 tahun berada di kampung halaman, keinginan untuk berlakon semula tidak tertahan lagi lalu saya kembali ke Kuala Lumpur.

“Perniagaan saya masih diteruskan. Kini dengan segala pengangkutan moden yang ada, jarak antara Taiping dan Kuala Lumpur menjadi semakin dekat dan memudahkan saya berulang-alik,” katanya.

Terkini, Hilal akan muncul dalam drama Orang London Balik Kampung dan filem Kala.

Sebagai anak jati Perak, Hilal juga bersemangat untuk memperkenal dan mempromosikan tanah tumpah darahnya itu kepada pelancong dalam dan luar negara.

Sehubungan itu, apabila kerajaan Perak menawarkannya unuk menganjurkan program pelancongan negeri itu sempena Tahun Melawat Perak 2017 (TMP2017) menerusi syarikatnya, Syaeba Pictures Sdn Bhd, Hilal tampil dengan idea untuk mengadakan acara itu di Taiping bertemakan Larut British Malaya selama seminggu mulai 25 Disember ini.

Ia mengimbau semula sejarah negeri itu menerusi acara pelancongan dan kesenian.

Bagi memeriahkan aturcara, Hilal tidak bersendirian kerana ia turut membabitkan persembahan artis seperti Sheeda Dangdut, Syed Ali, Yassin Senario, Cat Farish, Azmeer Nindia Raja Lawak, Bienda dan Liza Abdullah.

Selain itu, barisan pelakon Dendam Aurora yang kini ditayangkan di Astro Prima dan Maya HD iaitu Nabila Huda,Ungku Ismail dan Anzalna Nasir juga akan menyertai acara di sana bertujuan mempromosikan drama itu.

Konsep persembahan juga berlatarkan tahun 1880 dengan menggayakan kostum pada zaman itu dan dengan nyanyian lagu lama.

“Artis lelakinya berbaju Melayu, kain pelekat selepang di bahu dan bersongkok tinggi. Artis perempuannya pula berkain batik, berkurung Kedah atau kebaya pendek.

“Juadah tradisi akan turut dihidangkan. Pasti acara itu menjadi satu program yang sangat unik dan istimewa,” katanya.

Menurut dramatis itu, mereka memilih Taiping kerana banyak perkara pertama berlaku di sana.

Taiping antara bandar tertua di negara ini. Landasan kereta api pertama menghubungkan Taiping dengan Port Weld dibuka pada 1885.

“Landasan itu beroperasi selama 58 tahun dan ia ditutup pada 1943 ketika tentera Jepun menewaskan British pada Perang Dunia Kedua.

“Penjara Taiping yang dibina pada 1879 adalah penjara pertama dan tertua di Tanah Melayu. Hospital pertama juga dibina di Taiping pada 1880. Muzium tertua negara ini juga terletak di Taiping yang pembinaannya diilhamkan Residen British di Perak, Sir Hugh Low pada 1883.

“Antara sebab ini Taiping dipilih sebagai destinasi acara penutup TMP2017, sekali gus dijadikan lokasi menyambut Tahun Baru 2018 di Perak,” katanya.

Pada majlis pelancaran baru-baru ini, Hilal menyenaraikan tujuh aturcara yang akan berlangsung iaitu Cross Street No 5 pada 25 hingga 31 Disember ini, District Tourism Market (25 – 31 Disember), International Explorace From Taiping With Love (25 dan 26 Disember), International Mangrove Photography (27 Disember), International Heritage Costume (28 Disember ) dan Heritage Everyday Hi – Tea Talk (30 Disember).

The post Larut British Malaya appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Larut British Malaya

Sekianlah artikel Larut British Malaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Larut British Malaya dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/larut-british-malaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :