Sumber China catatkan kes ‘Harimau Jadian’ pertama jadi di Kota Melaka

Sumber China catatkan kes ‘Harimau Jadian’ pertama jadi di Kota Melaka - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sumber China catatkan kes ‘Harimau Jadian’ pertama jadi di Kota Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sumber China catatkan kes ‘Harimau Jadian’ pertama jadi di Kota Melaka
link : Sumber China catatkan kes ‘Harimau Jadian’ pertama jadi di Kota Melaka

Baca juga


Sumber China catatkan kes ‘Harimau Jadian’ pertama jadi di Kota Melaka

Sumber China catatkan kes ‘Harimau Jadian’ pertama jadi di Kota Melaka

Setiap bangsa kat dunia ni mesti ada legenda diorang masing-masing, tak kisahlah dari barat ataupun timur. Kalau kat barat ada legenda werewolf yang cukup terkenal. Dekat Asia Tenggara dan alam Melayu Nusantara ni ada pula legenda ‘Harimau Jadian’. Kisahnya sama je, iaitu pasal manusia yang boleh berubah menjadi haiwan (serigala atau harimau).

Bila borak cerita macam ni, dah mesti kita akan kaitkannya dengan unsur-unsur mistik. Seperti mana yang kita tahu, alam Melayu ni dulu dipenuhi dengan hutan belantara, bukit-bukau dan gunung-ganang. Jadinya, tak hairanlah banyak budaya, amalan dan kepercayaan masyarakat itu dikaitkan dengan haiwan-haiwan penghuninya, termasuklah harimau.

Filem Waris Jari Hantu, arahan Shuhaimi Baba. Imej dari juadahviral.com

Melalui kajian yang dilakukan oleh Dr Azharuddin Mohamed Dali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), kitorang dapat banyak maklumat pasal hubungan antara orang Melayu dan harimau. Kajian itu juga bincangkan perkara-perkara mistik dan mitos yang dikaitkan dengan harimau. Termasuklah ilmu harimau, harimau jadian dan harimau keramat.

Malah, kes harimau jadian ni juga sebenarnya tercatat dalam dokumen-dokumen/buku-buku yang ditulis oleh pemerhati-pemerhati barat di Tanah Melayu. Itulah yang buatkan kisah ni lebih menarik. Oleh itu, sebelum apa-apa, jom kita kenal dulu hubungan dan kaitan antara orang Melayu dengan harimau.

Ada kepercayaan wujudnya perkampungan harimau yang hidup macam manusia

Sesuai dengan gelarannya sebagai ‘Raja Rimba’, harimau selalunya dikaitkan dengan lambang keberanian, garang, gagah dan berkarisma. Sebab itulah kita dapat tengok banyak lambang dalam negara kita yang gunakan harimau sebagai objek utama.

Ni sebahagian je dari banyak logo yang ada harimau. Imej dari Sinar Harian, Wikipedia, Maybank & vectorise.net

Hal ni dah membuktikan betapa dekatnya hubungan antara orang Melayu dan harimau. Sampaikan ia boleh dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan mistik. Menurut Dr Azharudin, ada kepercayaan masyarakat Melayu dulu tentang wujudnya penempatan dan perkampungan harimau.

“Di perkampungan ini, harimau wujud dalam bentuk manusia dan bertindak seperti manusia. Rumah-rumah mereka dibina daripada kayu pokok jelatang sementara bumbungnya pula dibuat daripada rambut manusia. Dalam keadaan ini, orang Melayu percaya bahawa salah sebuah perkampungan harimau terletak di Gunung Ledang.” – Dipetik dari jurnal Harimau dan Orang Melayu.

Filem Puteri Gunung Ledang lakonan Tiara Jacquelina & M. Nasir. Imej dari Daily Seni.

Dalam catatan lain, seorang penulis Portugis, Godinho de Eredia (1563-1623) pernah menulis bahawa keselamatan Puteri Gunung Ledang dilindungi oleh orang Banua yang boleh bertukar menjadi harimau. Selain tu, seorang pemburu Inggeris yang pernah datang ke Tanah Melayu juga sebut kisah yang sama. Kisah tu diceritakan kepadanya oleh isteri Sultan Terengganu.

Mengaitkan manusia dengan harimau juga berlaku dalam masyarakat Jakun di Melaka. Masyarakat ini percaya roh atau semangat seseorang boleh bergerak masuk ke tubuh lain, sama ada manusia atau haiwan. Kalau yang dipilih tu haiwan, harimau selalunya jadi pilihan sebab sesuai dengan gelarannya sebagai ‘Raja Rimba’.

“Sebagai mana yang kita faham, orang Melayu mempunyai pelbagai jenis ilmu, dalam bentuk perubatan dan sebagainya. Sebahagiannya menjadikan herba-herba dan tumbuhan dalam elemen perubatan mereka. Sebahagian pula mampu mengawal harimau dan haiwan-haiwan di persekitaran mereka. Dan ini merupakan asas kewujudan apa yang dipanggil sebagai mitos ‘Harimau Jadian’.” – Dr Azharudin Mohamed Dali, Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Seekor harimau kat Singapura pada tahun 1930-an. Imej dari mantarui.wordpress

Ada kisah dan catatan pasal kejadian harimau jadian di Tanah Melayu dari penulis barat

Dalam masyarakat Melayu, ada satu ilmu mistik yang dipanggil sebagai ilmu harimau. Ilmu harimau ni selalunya diamalkan oleh orang-orang tertentu atau pawang harimau. Salah satu ilmunya adalah – ilmu mengunci mulut harimau. Dengan ilmu ni, seekor harimau tu takkan dapat menyerang manusia.

Malah, seorang pedagang bernama Alexander Hamilton yang datang ke Melaka, pernah menulis tentang kehebatan orang Minangkabau (di Melaka) yang boleh menjinakkan harimau liar.

“.. mereka mempunyai perwatakan ilmu batin yang tinggi, jampi mereka dapat menjinakkan harimau liar, dan membuatkan harimau itu membawa mereka di belakangnya ke mana yang diperintahkan.” – Frontiers of Fear: Tigers and People in the Malay World, 1600-1950.

Imej dari fairfun.net

Berbalik dengan kisah harimau jadian, Dr Azharudin mengatakan antara kisah terawal mengenainya datang dari sumber China.

“Catatan yang terawal sekali datang dari sumber China, menyebut wujudnya manusia-harimau di bandar Melaka sekitar abad ke-15. Dan apabila mengetahui adanya manusia-harimau yang bercampur gaul dengan manusia di bandar Melaka itu. Manusia-harimau itu telah ditangkap dan dikenakan hukuman. Dia dibunuh. Itu adalah antara rekod pertama berkaitan dengan harimau jadian.” – Dr Azharudin Muhammad Dali, Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM).

Selain itu, harimau jadian juga diceritakan dalam Hikayat Merong Mahawangsa dalam kes pertempuran antara Raja Bersiong dengan seorang lelaki bernama Kampar. Kampar ni lain macam sikit sebab dia boleh berubah jadi haiwan macam: babi hutan, ular tedung dan harimau.

Filem arahan P. Ramlee. Imej dari alienbiru.deviantart.com

Apa yang lebih menarik lagi menurut Dr Azharudin adalah, adanya catatan-catatan dari pegawai-pegawai British sebelum merdeka tentang harimau jadian. Malah kisah-kisah ini dianggap benar ketika itu. Antara cerita tentang kejadian harimau jadian adalah:

1. Dakwaan adanya harimau jadian dari kalangan orang Kerinchi

Orang Kerinchi dari Sumatera memang terkenal dengan kisah harimau jadian. Fenomena ni dipanggil sebagai ‘Chenaku‘ iaitu orang yang boleh menjadi harimau/harimau jadian atau harimau akuan. Kaitan orang Kerinchi dengan harimau jadian ni memang sangat berpengaruh dan dipercayai oleh masyakat kat Nusantara masa tu.

Tugu harimau di Kerinchi, Jambi, Sumatera. Imej dari republikpos.com

Pada tahun 1880-an, seorang pegawai British bernama Ambrose B. Rathborne dah berada di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Selangor. Kawasan tu diduduki oleh beberapa keluarga yang berasal dari Kerinchi. Rathborne menceritakan…

“…terdapat beberapa rumah yang dikelilingi oleh sawah padi yang didiami oleh orang-orang Kerinchi dari Sumatera. Mereka mempunyai reputasi iaitu mampu mengubah diri mereka menjadi harimau, kepercayaan mistik ini diyakini oleh jiran-jiran mereka yang membuatkan mereka takut dan kagum.” – Camping and Tramping in Malaya. Dipetik dari jurnal Harimau dan Orang Melayu.

Abdullah Hukum, orang yang bertanggungjawab membuka Kampung Kerinchi. Tapi sekarang dah jadi Bangsar South. Imej dari Kosmo.

(Klik sini untuk baca tentang harimau dan masyarakat Kerinchi dalam PDF)

2. Kes serangan harimau jadian di Lembah Tembeling pada tahun 1860-an

Kes ni pulak diceritakan oleh Residen British di Pahang – Hugh Clifford, yang direkodkan terjadi pada tahun 1860-an. Kisahnya bermula bila berlakunya satu kes menggemparkan di Lembah Tembeling apabila sebuah rumah yang dihuni tujuh orang lelaki dan dua orang perempuan dah diserang oleh seekor harimau.

Serangan ni jadi masa keluarga ni baru je habis makan malam. Secara tiba-tiba, seekor harimau menyerang dan membunuh 7 orang dalam rumah tu. Direkodkan, hanya seorang pemuda yang terselamat dalam kejadian tu. Bila penduduk kampung sampai, diorang tengok banyak cebisan daging mangsa berselerakan sampai susah nak dikenal pasti.

“Anehnya, walaupun semua mayat rosak teruk, penduduk mendapati jasad mangsa tidak dibaham dan hanya darah mereka yang kering seakan-akan diminum makhluk ganas itu. Kejadian itu meyakinkan ramai pihak bahawa haiwan menyerang serta membunuh tujuh mangsa sekeluarga itu adalah harimau jadian.” – Dipetik dari BH Online.

Seramnya…Imej dari Pinterest.

Sampai ke hari ni, masih tak ada banyak bukti untuk menjelaskan kes ni secara lebih mendalam. Selain itu, Clifford pun ada cerita pasal ‘Harimau Jadian Slim’ yang jadi kat Lembah Slim, Perak. Kes ni pun dikaitkan dengan orang Kerinchi.

3. Isteri lari dari rumah lepas dapat tahu suaminya harimau jadian

Kisah ni pulak pasal keluarga Hj Abdullah yang datang dari Kerinchi, Sumatera ke negeri Perak sebagai peniaga kain. Lepas dapat kebenaran dari Ketua Kampung, Hj Abdullah pun buat rumah dan duduk kat situ dengan dua orang anak lelakinya.

Tak lama kemudian, Hj Abdullah dapat jodoh dengan seorang gadis tempatan bernama Aminah. Tapi perkahwinan tu tak lama, sebabnya Aminah dah lari dari rumah dan balik ke rumah ayahnya dalam keadaan takut. Bila ditanya, Aminah kata yang suaminya tu sebenarnya harimau jadian! 

“Pada satu malam, Aminah tersedar dari tidur dan mendapati suaminya tiada, lalu mencari suaminya. Beliau melihat suaminya duduk diatas tangga dan menyaksikan perubahan yang berlaku pada suaminya dari harimau ke manusia.” – Dipetik dari jurnal Harimau dan Orang Melayu.

Bukan sebab lakinya minum kopi ni. Imej dari bukalapak.com

Tak lama lepas tu, muncul kes ternakan orang kampung yang diserang harimau. Sampailah satu hari, kerbau Penghulu pun dia baham. Bila jadi macam tu, Penghulu dan orang kampung pun mula bertindak. Berdasarkan pengetahuan diorang, harimau selalunya akan datang semula menghabiskan haiwan yang dibunuhnya. Jadinya, diorang pun buat jerat kat sekeliling bangkai kerbau yang diserang tadi.

“Penghulu Mat Salleh mendapati bahawa terdapat kesan harimau yang mengalami kecederaan terkena jerat tersebut. Mereka mengikuti jejak darah dan ia menghala ke rumah Haji Abdullah. Sewaktu ingin ditemui oleh orang kampung, kedua-dua anak Haji Abdullah enggan membenarkannya, namun di bawah rumah, didapati banyak tompokan darah.” –  Dipetik dari jurnal Harimau dan Orang Melayu.

Untuk elakkan apa-apa masalah, kes ni dilaporkan kepada Pegawai Daerah iaitu seorang Inggeris. Tapi pegawai ni tak berapa percaya dengan cerita orang kampung, tapi tetap janji nak siasat. Tapi bila polis sampai ke rumah Hj Abdullah, rumah tu dah kosong dan diorang sekeluarga dah lari.

Tak lama lepas tu, ada orang kata yang diorang nampak Hj Abdullah kat tempat lain, cuma bezanya sekarang kaki Hj Abdullah dah pun tempang. (Mungkin sebab terkena jerat harimau)

Harimau Sumatra yang dibunuh sebab membaham orang. Imej dari digitalcollections.nypl.org

Walaupun macam tu, menurut Dr Azharudin kes ni tak dapat dibukti kebenarannya dari sudut sejarah. Mungkin juga cerita ni sebenarnya cuma kisah lisan masyarakat sekeliling.

4. Kisah dukun Orang Asli yang boleh jadi harimau jadian

Kisah ni diceritakan oleh Peter Boomgaard dalam bukunya – `Frontiers of Fear: Tigers and People in the Malay World, 1600-1950‘. Perkara ni jadi pada tahun 1899, bila ada ahli ekspedisi Inggeris datang berjumpa dengan seorang dukun Orang Asli di Tanah Melayu.

Dukun ni secara terus terang kata yang dia boleh jadi harimau jadian. Menurut dukun ni lagi, dia akan jadi harimau jadian selama tujuh sampai sembilan hari dan sepanjang tempoh tu dia akan menyerang lembu kampung lain. Caranya adalah dengan bakar kemenyan, mengasapkan badan dan seru ‘semangat hutan’ untuk kabulkan permintaannya.

“Dia kemudian merangkak, menggelengkan kepala dan bulu serta ekor akan tumbuh dari badannya sebelum dirinya berubah menjadi harimau sepenuhnya.” – Dipetik dari BH Online.

Setem dari tahun 1904 – 1910. Imej dari bigblue1840-1940.blogspot

Itulah antara kisah-kisah yang dicatatkan penulis-penulis Inggeris pasal harimau jadian di Tanah Melayu. Walaupun mungkin kita menganggap kisah-kisah ni macam mitos dan tahyul je, tapi apa yang pasti ia adalah warisan kepercayaan lama di Nusantara.

Selain tu, terdapat juga harimau yang dikenali sebagai ‘Harimau Keramat’

Cerita kita pasal harimau sebenarnya masih belum habis lagi. Sebabnya, masih ada mistik harimau yang dikaitkan dengan orang Melayu iaitu ‘Harimau Keramat’. Menurut Dr Azharudin, harimau keramat ni berbeza dengan harimau jadian.

Sebabnya, harimau keramat biasanya ada tiga kaki yang normal dan satu kaki yang tempang. Secara umumnya, harimau keramat dianggap baik dan dia menjaga keselamatan kampung atau daerah tertentu.

“Terdapat pandangan yang mengatakan harimau keramat ini merupakan harimau yang berasal dari roh nenek moyang dengan matlamat untuk menjaga keturunannya daripada sebarang bahaya. Malah ada juga pendapat dalam kalangan masyarakat di Sumatera yang percaya bahawa harimau ini adalah roh orang yang telah melakukan kesalahan sewaktu hidup.” – Dr Azharudin, katanya kepada Utusan Malaysia.

Imej dari vebma.com

Menurut kajiannya lagi, harimau keramat juga dipercayai wujud kat satu tempat di Sepang untuk menjaga sebuah makam. Selain tu, harimau keramat juga dikatakan ada di Bukit Jugra, Banting dan juga ditugaskan untuk menjaga sebuah makam.

“Makam ini dikatakan sebagai makam Nakhoda Ragam iaitu suami Puteri Gunung Ledang. Makam ini dijaga oleh dua harimau keramat yang pada asalnya merupakan haiwan peliharaan Puteri Gunung Ledang. Jelmaan harimau keramat bernama Dato’ Negun pula dikatakan menjaga keselamatan kampong di Bukit Merbau, Batu Kikir.” – Dipetik dari jurnal Harimau dan Orang Melayu.

Makam Diraja Sultan Abdul Samad di atas Bukit Jugra. Imej dari Khir Khalid.

Menurutnya lagi, kepercayaan ni dah terlalu lama wujud dalam alam Melayu dan dalam masa sama, ia memang payah untuk dibuktikan.

Suasana persekitaran, kepercayaan dan konflik mewujudkan unsur-unsur mistik tentang harimau

Seperti yang diceritakan panjang lebar di awal tadi, semua hal ini bersangkutan dengan keadaan dan persekitaran masyarakat Melayu suatu masa dulu. Walaupun diorang sebenarnya tak nak bersemuka dengan harimau, tapi dalam masa-masa tertentu konflik antara manusia dan harimau memang tak dapat dielakkan. Selepas kedatangan penjajah ke Nusantara, aktiviti memburu harimau semakin rancak.

Macam tak puas hati je harimau tu. Imej dari Giphy.

“Dengan melihat harimau sebagai satu bentuk ancaman sama ada kepada keselamatan penduduk mahupun kepada haiwan ternakan, serta diselang seli dengan keinginan untuk menjadikan harimau sebagai ‘tropi kemenangan’, harimau terus menjadi haiwan buruan.” – Dipetik dari jurnal Harimau dan Orang Melayu.

Seekor Harimau Sumatera yang mati ditembak oleh pemburu. Imej dari Wikimedia.

Sekarang ni dah takde kes pasal harimau jadian, tapi yang banyaknya kes memburu harimau secara haram. Pada tahun 2016, dilaporkan hanya tinggal 340 ekor harimau di Semenanjung Malaysia. Dan jumlah ini akan terus berkurang jika tanpa kawalan dan pemuliharaan.

Kaitan mistik dan misteri antara orang Melayu dan harimau akan tatap menjadi warisan dan kajian sejarah. Walaupun memang amalan tersebut masih boleh dipersoalkan dari segi akidah. Tetapi apa yang pasti, nenek moyang kita dahulu memberikan penghormatan yang tinggi terhadap alam. Bagaimana pula dengan kita sekarang?

[Artikel ini banyak merujuk jurnal – Harimau dan Orang Melayu hasil kajian Dr Azharudin Mohamed Dali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM)]

Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sumber China catatkan kes ‘Harimau Jadian’ pertama jadi di Kota Melaka

Sekianlah artikel Sumber China catatkan kes ‘Harimau Jadian’ pertama jadi di Kota Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sumber China catatkan kes ‘Harimau Jadian’ pertama jadi di Kota Melaka dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/sumber-china-catatkan-kes-harimau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :