Janna Nick tolak tepi kritikan negatif

Janna Nick tolak tepi kritikan negatif - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Janna Nick tolak tepi kritikan negatif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Janna Nick tolak tepi kritikan negatif
link : Janna Nick tolak tepi kritikan negatif

Baca juga


Janna Nick tolak tepi kritikan negatif

BIARPUN kemampuan vokalnya pernah dipertikai sebelum ini, Janna Nick tidak menjadikan ia halangan untuknya terus melangkah dalam bidang nyanyian.

Baru sahaja tampil dengan single keduanya, Akan Bercinta, sebuah lagu ciptaan Aepul Drama Band, Janna membuktikan kesungguhannya untuk memperbaiki kelemahan sebelum ini.

“Kalau nak ikut cakap orang yang mempertikaikan itu dan ini, mungkin saya akan berada di tempat yang sama selama-lamanya.

“Jadi adalah lebih baik saya ikut orang-orang yang menyukai saya dan sekali gus melakukan sesuatu yang positif sebagaimana yang mereka harapkan daripada saya.

“Saya berusaha memberikan yang terbaik untuk single kedua ini supaya orang yang pernah mempertikaikan kemampuan saya sebelum ini dapat menerima lagu ini menerusi pelbagai penambahbaikkan yang dilakukan, “ katanya yang ditemui di majlis pelancaran single tersebut petang tadi.

Bagaimanapun, heroin drama Coffee Prince ini menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang gimik yang tidak berkaitan, semata-mata untuk mempromosikan hasil kerjanya, baik untuk drama mahupun lagu nyanyiannya.

“Saya tidak terarah kepada strategi yang sebegitu kerana dari awal telah diajar untuk yakin dengan prestasi dan kualiti produk dihasilkan.

“Semenjak dulu lagi, saya tidak pernah menggunakan pendekatan menularkan sesuatu untuk tujuan publisiti produk saya kerana tak biasa dengan benda-benda yang macam tu.

“Bagi saya, kalau kita dah buat yang terbaik, sesuatu itu secara tidak langsung akan jadi ‘demand’ kepada mereka yang di luar sana dan begitulah sebaliknya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Janna turut berkongsi tentang sambutan hangat yang diterima muzik video single Akan bercinta yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.

“Saya langsung tak menyangka video muzik yang menjalani penggambaran di Rome, Itali dan diarahkan sendiri oleh saya itu meraih 300,000 tontonan dalam masa kurang empat hari ia dilancarkan.

“Jujurnya saya tak pernah meletakkan sebarang target kepada jumlah tontonan muzik video ini, kerana apa yang lebih penting buat saya adalah untuk melihat komen-komen  positif daripada mereka yang menonton,” katanya.

The post Janna Nick tolak tepi kritikan negatif appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Janna Nick tolak tepi kritikan negatif

Sekianlah artikel Janna Nick tolak tepi kritikan negatif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Janna Nick tolak tepi kritikan negatif dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/janna-nick-tolak-tepi-kritikan-negatif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :