APMM kesan bot bawa 12 pemancing yang hilang

APMM kesan bot bawa 12 pemancing yang hilang - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APMM kesan bot bawa 12 pemancing yang hilang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APMM kesan bot bawa 12 pemancing yang hilang
link : APMM kesan bot bawa 12 pemancing yang hilang

Baca juga


APMM kesan bot bawa 12 pemancing yang hilang

KUCHING: Sebuah bot berpangkalan di Kampung Geobilt di sini yang membawa tiga kru dan 12 pemancing dilaporkan tidak dapat dikesan selepas terputus hubungan dengan pemiliknya malam tadi.

Pengarah Daerah Maritim Kuching, Kapten (M) Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik bot 'Sea Wonder' itu yang dikenali sebagai Alice Lim kira-kira 8.15 malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilancarkan.

Beliau berkata pemilik mengesyaki bot berkenaan mengalami kerosakan dan kali terakhir Lim menghubungi bot itu ialah pada 4 petang semalam semasa ia berada pada kedudukan kira-kira 82 batu nautika timur laut Tanjung Po.

Menurutnya tiga kru itu dikenali sebagai Phoo Kie Kuang (tekong), Kandas, dan Ariffin manakala 12 pemancing tidak dapat disahkan kerana ketiadaan senarai penumpang.

"Sebagai ingatan kepada seluruh komuniti maritim, terutama kepada pengusaha-pengusaha bot pemancing serta peminat aktiviti riadah memancing di Sarawak, mereka disaran untuk memaklumkan kepada Maritim Malaysia setiap kali keluar ke laut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Berikan maklumat lengkap mengenai jadual pelayaran, lokasi-lokasi memancing, nama kru dan penumpang beserta maklumat lanjut seperti alamat, kad pengenalan, dan nombor telefon kecemasan untuk dihubungi bagi memudahkan pihak Maritim Malaysia mengambil tindakan lanjut dengan segera (sekiranya berlaku sebarang kecemasan)," tambahnya.

Shahref turut meminta anggota keluarga atau sahabat handai 12 pemancing berkenaan untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Wilayah Sarawak dengan menelefon 082-432544 bagi membantu siasatan mengenal pasti identiti mereka lebih lanjut.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel APMM kesan bot bawa 12 pemancing yang hilang

Sekianlah artikel APMM kesan bot bawa 12 pemancing yang hilang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APMM kesan bot bawa 12 pemancing yang hilang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/apmm-kesan-bot-bawa-12-pemancing-yang_29.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :