Agong berangkat ke majlis cukur jambul cucu PM

Agong berangkat ke majlis cukur jambul cucu PM - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agong berangkat ke majlis cukur jambul cucu PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agong berangkat ke majlis cukur jambul cucu PM
link : Agong berangkat ke majlis cukur jambul cucu PM

Baca juga


Agong berangkat ke majlis cukur jambul cucu PM

 Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat menghadiri majlis cukur jambul dan doa selamat cucu lelaki Perdana Menteri, Adam Razak Daniyar di Seri  Perdana di sini.

Pada majlis itu, baginda turut menyempurnakan upacara tahnik dan bercukur jambul ke atas Adam Razak sambil disaksikan kenamaan yang hadir termasuk kerabat diraja, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi dan anggota Kabinet.

Turut berangkat pada majlis tersebut ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat pada majlis berkenaan.

Majlis tersebut turut dihadiri bonda Perdana Menteri Tun Rahah Mohammad Noah.

Kenamaan lain yang turut hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Hadir sama, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Majlis dimulakan dengan berselawat diikuti bacaan ayat al-Quran. Ini diikuti dengan upacara bertahnik dan bercukur jambul.

Adam Razak, tiga bulan, merupakan putera kepada anak perempuan Perdana Menteri dan Rosmah, Nooryana Najwa yang bernikah dengan Daniyar Nazarbayev pada 2015.

Pada 24 Ogos lepas, Perdana Menteri berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cucu lelaki baharunya di laman Twitter.’

Berita itu mendapat perhatian netizen yang sama-sama berkongsi rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Najib dan keluarga.

The post Agong berangkat ke majlis cukur jambul cucu PM appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Agong berangkat ke majlis cukur jambul cucu PM

Sekianlah artikel Agong berangkat ke majlis cukur jambul cucu PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agong berangkat ke majlis cukur jambul cucu PM dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/agong-berangkat-ke-majlis-cukur-jambul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :