Sokong KWSP untuk penjawat awam

Sokong KWSP untuk penjawat awam - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sokong KWSP untuk penjawat awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sokong KWSP untuk penjawat awam
link : Sokong KWSP untuk penjawat awam

Baca juga


Sokong KWSP untuk penjawat awam

 Cadangan kerajaan mahu memperkenalkan skim potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kakitangan awam baharu pada masa depan amat dialu-alukan.

Bagaimanapun, keberkesanannya perlu dilihat untuk jangka masa panjang kerana ia tidak mampu membantu kerajaan menjimatkan wang dalam masa terdekat.

Menurut pakar ekonomi, Lee Heng Guie, langkah kerajaan itu tidak dinafikan mampu mengawal perbelanjaan kerajaan dalam pemberian pencen yang semakin hari semakin besar.

“Dalam Bajet 2010, jumlah peruntukan pencen bagi kakitangan awam sebanyak 7.4 peratus, iaitu RM11.5 bilion daripada jumlah pengurusan diperuntukkan.

“Jumlah ini kemudian dinaikkan kepada RM23.6 bilion iaitu 10.8 peratus dalam Bajet 2017,” kata Heng Guie kepada Oriental Daily.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengenai  peruntukan besar pembayaran kepada pesara perlu dikawal kerana ia tidak mampan untuk negara.

Menurut Johari, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM24.5 bilion untuk membayar pencen pesara awam dan jumlah tersebut cukup besar.

Daripada 1.6 juta penjawat awam, seramai 570,000 adalah guru dan pensyarah, 350,000 orang lagi adalah kakitangan keselamatan seperti polis dan tentera, manakala 250,000 orang kakitangan kesihatan, manakala kakitangan pentadbiran kira-kira 400,000 orang sahaja.

Kata Heng Guie, walaupun kerajaan sebelum ini meminta Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) membantu menguruskan sebahagian wang pencen demi faedah pencarum, namun sebahagian besar dana ketika ini adalah peruntukan daripada bajet.

“Bagi sesetengah negara, sekiranya mereka tidak bijak mengawal pembayaran pencen, ia sudah pasti akan membawa bebanan kepada kerajaan itu sendiri.

“Kerajaan kita sebenarnya perlu mengawal pengambilan kakitangan awam, jika tidak ia akan menyebabkan kerajaan menghadapi kesukaran mengawal sejumlah wang pencen yang amat besar pada masa akan datang,” jelasnya

The post Sokong KWSP untuk penjawat awam appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sokong KWSP untuk penjawat awam

Sekianlah artikel Sokong KWSP untuk penjawat awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sokong KWSP untuk penjawat awam dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/sokong-kwsp-untuk-penjawat-awam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :