Aeril, Wawa tidak rancang tambah anak

Aeril, Wawa tidak rancang tambah anak - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aeril, Wawa tidak rancang tambah anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aeril, Wawa tidak rancang tambah anak
link : Aeril, Wawa tidak rancang tambah anak

Baca juga


Aeril, Wawa tidak rancang tambah anak

PASANGAN selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengakui tiada perancangan untuk menambah ahli keluarga baru, dalam masa terdekat.

Menurut Aeril, keputusan itu diambil kerana perlu menguruskan beberapa perkara penting dalam kehidupan rumah tangga.

“Siapa yang dah ada anak, dia tahulah macam mana.

“Nak kata penat, nanti ada yang kata tak bersyukur pula, tapi hakikatnya memang penat.

“Lagipun, dua anak kami juga masih lagi kecil,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran drama bersiri, Mandatori, hari ini.

Malah, selebriti berusia 29 tahun ini juga bakal berpindah ke kediaman baru, tidak lama lagi.

“Kami juga nak pindah rumah nanti dan isteri pula bercadang nak bercuti diluar negara. Jadi, saya lebih senang ikut kehendak dia.

“Mungkin, selepas ini semua selesai, barulah kami fikir nak tambah anak ketiga sampai kelapan (ketawa),” katanya.

Sebelum ini, Aeril pernah memuat naik foto memaparkan isterinya, Wawa bersandar di katil hospital sambil tersenyum dan merangkul seorang bayi di laman Instagramnya, bulan lalu.

Selain foto, kapsyen yang ditulis oleh Wawa  turut menimbulkan tanda tanya malah turut memberi gambaran seolah-olah tidak kisah sekiranya mereka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.

Aeril bagaimanapun menjelaskan foto tersebut hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

Pasangan sama cantik sama padan ini berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang baharu berusia setahun.

Dalam pada itu, Aeri bakal muncul dalam drama bersiri yang diadaptasi daripada novel popular tulisan Ramlee Awang Murshid, Mandatori.

“Ini merupakan nashkah paling susah untuk saya lakonkan kerana ia banyak bermain dengan emosi.

“Kerana itu, saya perlu bekerja keras untuk memenuhi tuntutan watak,” katanya.

Selain Aeril, drama bersiri enam episod ini turut dibintangi Siti Saleha, Iedil Putra, Alvin Wong, Amerul Affendi, Chew Kin Wah dan Vanidah Imran.

Drama arahan Razaisyam Rashid ini mengisahkan pemprofil jenayah, Inspektor Norman (Aeril) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri tang dilihat saling berkait rapat di antara satu sama lain.

Drama bersiri bergenre crime thriller ini bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) dengan hanya RM19.10 mulai 14 Disember depan.

The post Aeril, Wawa tidak rancang tambah anak appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Aeril, Wawa tidak rancang tambah anak

Sekianlah artikel Aeril, Wawa tidak rancang tambah anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aeril, Wawa tidak rancang tambah anak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/aeril-wawa-tidak-rancang-tambah-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :