TPM Tetapkan KPI Polis Kelantan Sekat Kemasukan Dadah

TPM Tetapkan KPI Polis Kelantan Sekat Kemasukan Dadah - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TPM Tetapkan KPI Polis Kelantan Sekat Kemasukan Dadah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TPM Tetapkan KPI Polis Kelantan Sekat Kemasukan Dadah
link : TPM Tetapkan KPI Polis Kelantan Sekat Kemasukan Dadah

Baca juga


TPM Tetapkan KPI Polis Kelantan Sekat Kemasukan Dadah

KUCHING – Polis Kelantan diarah meningkatkan usaha membanteras gejala penyeludupan dadah dari negara jiran, terutama dalam aspek siasatan dan pengawasan ‘jalan-jalan tikus’ di sekitar kawasan sempadan negara.

Timbalan  Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sendiri telah menetapkan  Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tertentu buat Ketua Polis Kelantan, untuk mengambil tindakan bagi menyekat kemasukan bahan terlarang itu ke dalam negara dengan lebih drastik.

Katanya beliau telah beberapa kali menyuarakan keprihatinannya terhadap masalah berkaitan penyeludupan dadah seperti pil kuda dari negara jiran, yang menurutnya bukan hanya membabitkan Kelantan semata-mata, malah turut merebak ke negeri Pahang dan Terengganu.

Bercakap kepada pemberita di bilik orang kenamaan di lapangan terbang antarabangsa Kuching di sini di akhir lawatan kerja beliau di Sarawak hari ini, Ahmad Zahid berkata, beliau juga mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri terbabit bagi meningkatkan usaha membanteras gejala ini.

Timbalan Perdana Menteri yang tiba di sini dua hari lepas, mengunjungi Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sempena sambutan Aidilfitri di kediamannya pada Ahad lalu, dan semalam beliau turut mengunjungi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud,  serta Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di kediaman mereka, di samping mengunjungi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah di kediamannya sempena Gawai Dayak.

Ahmad Zahid berkata masalah penyalahgunaan dadah bukan hanya berkisar kepada usaha antara kerajaan negeri dan pusat semata-mata, tapi sebenarnya turut memerlukan pembabitan banyak pihak lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, dan rakyat secara keseluruhannya.

Katanya beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand sebelum ini dalam menyusun pelbagai program di bawah jawatankuasa am sempadan (GBC), dan juga Kementerian Pertahanan serta beberapa jawatankuasa kecil yang lain, dalam usaha meningkatkan aktiviti bagi menyekat gejala penyeludupan antara sempadan dua negara. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel TPM Tetapkan KPI Polis Kelantan Sekat Kemasukan Dadah

Sekianlah artikel TPM Tetapkan KPI Polis Kelantan Sekat Kemasukan Dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TPM Tetapkan KPI Polis Kelantan Sekat Kemasukan Dadah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tpm-tetapkan-kpi-polis-kelantan-sekat_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :