Judul : Netizen Banyak Kritik, Peminat Indonesia Banyak Sokong
link : Netizen Banyak Kritik, Peminat Indonesia Banyak Sokong
Netizen Banyak Kritik, Peminat Indonesia Banyak Sokong
Meskipun sedih dan kecewa dengan kritikan serta komen negatif yang dilemparkan segelintir netizen terhadap dirinya namun Baby Shima bersyukur kerana banyak mendapat sokongan daripada peminatnya di Indonesia.
“Sejujurnya orang di Indonesia lebih memberi sokongan berbanding di Malaysia.
“Dari cara mereka meninggalkan komen juga berbeza. Namun, bukan semua orang Malaysia macam itu,” katanya seperti yang dilapor mStar online.
Peserta program D’Academy Asia musim ke-3 ini juga berkata, justeru dia tidak mahu memperdulikan kritikan tersebut.
“Ramai yang nasihatkan saya ambil perkara itu positif saja. Jangan ambil peduli apa yang netizen cakap.
“Biasalah kita tak boleh nak menutup mulut orang,” tuturnya.
Terdahulu, video juri rancangan tersebut, Mas Idayu memarahi Shima selepas melakukan persembahan menjadi tular dan parodi di laman sosial.
Rata-rata mengecam tindakan Mas Idayu dan ada juga yang memberi komen serta kritikan terhadap nyanyian Shima.
The post Netizen Banyak Kritik, Peminat Indonesia Banyak Sokong appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Netizen Banyak Kritik, Peminat Indonesia Banyak Sokong
Anda sekarang membaca artikel Netizen Banyak Kritik, Peminat Indonesia Banyak Sokong dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/netizen-banyak-kritik-peminat-indonesia.html