Ha Ji Won Kembali ke Malaysia Selepas 10 Tahun

Ha Ji Won Kembali ke Malaysia Selepas 10 Tahun - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ha Ji Won Kembali ke Malaysia Selepas 10 Tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ha Ji Won Kembali ke Malaysia Selepas 10 Tahun
link : Ha Ji Won Kembali ke Malaysia Selepas 10 Tahun

Baca juga


Ha Ji Won Kembali ke Malaysia Selepas 10 Tahun

‘Kegilaan’ peminat tempatan terhadap aktres Ha Ji Won mungkin tidak seperti mana histerianya mereka tatkala bertentang mata dengan barisan pelakon wanita sensasi lain antaranya Kim Tae Hee, Song Ji Hyo dan Park Shin Hye.

Namun itu tidak bermakna bintang yang cukup dikenali menerusi drama seperti Secret Garden, Impress Ki dan terbaharu, Hospital Ship ini tidak popular di sini.

Pada acara sesi bertemu peminat yang berlangsung di pusat membeli belah Pavilion, semalam, ratusan penggemar wanita berusia 39 tahun ini menyambut kemunculan idola kesayangan mereka dengan reaksi tenang namun suasana tetap meriah dengan sorakan.

Kali kedua berkunjung ke negara ini, Ha Ji Won berkata dia sangat teruja dapat kembali semula ke sini untuk mempromosikan filem terbaharunya, Man Hunt arahan sutradara terkenal Hong Kong, John Woo.

“Hi semua, saya pernah datang ke sini kira-kira 10 tahun yang lalu, ketika itu untuk mempromosikan filem saya.

“Saya sangat teruja dan gembira dapat kembali semula ke sini dan bertemu dengan kamu semua. Kali ini saya datang mempromosikan filem terbaharu saya Man Hunt.

“Saya memengang watak sebagai Rain iaitu pembunuh upahan dalam filem aksi-thriller ini,” tuturnya sambil tersenyum dan melambaikan tangan ke arah peminat yang bersorak memanggil namanya.

Ha Ji Won akan berada di sini selama dua hari bagi mempromosikan filem tersebut. Dia akan ke udara menerusi stesen radio Suria.fm pada jam 7.30 malam ini.

Kredit foto Isabel.Kredit foto Isabel.

Berkongsi pengalaman menjayakan filem tersebut, Ha Ji Won berkata peluang bekerja dengan John Woo umpama mimpi jadi kenyataan kerana dia memang mengagumi pengarah itu sejak dulu lagi.

Selain dia juga mendapat pengalaman baharu apabila dapat bekerja dengan pelakon daripada China dan Jepun yang turut terlibat dalam filem berkenaan.

“Saya membesar dengan filem-filem John Woo. Antara karya beliau yang paling saya suka seperti A Better Tomorrow dan The Killer. Bagi saya, setiap babak aksi yang beliau tampilkan dalam filem-filem beliau unik. Misalnya babak berlawan nampak seolah-olah seperti menari.

“Justeru saya berasa sangat bertuah dan ia adalah satu penghormatan bagi saya apabila ditawarkan menjadi salah seorang pelakon dalam karya beliau kali ini.

“Saya juga berpeluang bekerja dengan pelakon dari China dan Jepun. Meskipun kami mempunyai perbezaan dari segi bahasa pertuturan tetapi sepanjang di set kami tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi kerana kami saling membantu untuk memahami satu sama lain,” katanya.

Walaupun pernah membintangi drama genre aksi sebelum ini namun Ha Ji Won mengakui Man Hunt merupakan filem paling mencabar kredibiliti dan keberaniannya sepanjang 20 tahun bergelar pelakon.

“Saya pernah berlakon beberapa drama bergenre aksi sebelum ini tetapi watak kali ini sangat mencabar. Sebelum penggambaran saya sempat menonton semula filem-filem John Woo sebagai rujukan. Saya meneliti setiap aksi-aksi yang ditampilkan dalam filemnya.

“Sepanjang penggambaran Man Hunt, paling mencabar bagi saya ialah adegan di mana saya memakai kimono dan perlu berlawan. Itu sangat sukar kerana selain perlu melakukan pergerakan-pergerakan yang sempurna dalam masa sama saya perlu nampak cantik,” ceritanya.

Ha Ji Won memengang watak sebagai pembunuh upahan dalam filem Man Hunt.Ha Ji Won memengang watak sebagai pembunuh upahan dalam filem Man Hunt.

Man Hunt merupakan naskah yang diinspirasi daripada novel nukilan Juko Nishimura (yang pernah diadaptasi ke versi filem oleh pengarah Jepun Junya Sato pada tahun 1976, lakonan aktor terkenal Ken Takakura).

Digarap dengan jalan cerita yang berbeza dengan yang asal, filem bikinan John Woo ini seorang peguam yang dituduh membunuh dan dia berusaha membersihkan namanya.

Selain Ha Ji Won, filem dijayakan oleh barisan pelakon seperti Zhang Hanyu, Angeles Woo Feixia, Masaharu Fukuyama, Qi Wei dan Jun Kunimura. Man Hunt bakal ditayangkan di pawagam tempatan mulai 23 November ini.

The post Ha Ji Won Kembali ke Malaysia Selepas 10 Tahun appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ha Ji Won Kembali ke Malaysia Selepas 10 Tahun

Sekianlah artikel Ha Ji Won Kembali ke Malaysia Selepas 10 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ha Ji Won Kembali ke Malaysia Selepas 10 Tahun dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/ha-ji-won-kembali-ke-malaysia-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :