Bihun sup berapi cekik darah RM13.50 semangkuk!

Bihun sup berapi cekik darah RM13.50 semangkuk! - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bihun sup berapi cekik darah RM13.50 semangkuk!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bihun sup berapi cekik darah RM13.50 semangkuk!
link : Bihun sup berapi cekik darah RM13.50 semangkuk!

Baca juga


Bihun sup berapi cekik darah RM13.50 semangkuk!

Selepas reda sedikit kes nasi campur yang tular kerana mengenakan harga RM32 sepinggan pada Mei lalu, kini giliran sebuah gerai bihun sup pula didakwa mengenakan bayaran yang mahal kepada pelanggan.

Bihun sup berapi

Bihun sup berapi

Aswan Chik menerusi posting di Facebook pada Isnin lalu mendakwa kedai tersebut gagal memberitahu harga sebenar hidangan sebelum tempahan dibuat.

“Memang nak mengena orang. Masa ‘order’ tanya harga semangkuk, depa cakap lepas makan baru kira.

“Ingatkan macam biasa semangkuk RM5, rupanya depa takut nak bagi tau harga. Bila nak bayar baru bagi tahu RM13.50 semangkuk.

“Kalau tahu, tak lapar makan bihun sup macam tu. Dah tak sedap, kuah rasa (bahan perisa) punya banyak,” luahnya.

Lelaki itu mendakwa, harga keseluruhan makanan dan minuman iaitu bihun sup dua mangkuk dan Teh O ais dua gelas adalah RM31.

Posting yang dimuat naik oleh Aswan Wanchik menerusi akaun Facebooknya.

Aswan Wanchik yang kecewa dengan situasi itu dipercayai mengingatkan orang ramai nama kedai tersebut agar tidak mengalami perkara yang sama.

“Ingat nama kedai ni, Bihun Sup Berapi (terletak) depan Longwan Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Memang berapi, berapi kerana harganya mencekik darah,” tulisnya pada posting tersebut.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zahari Awang berkata, tindakan yang dilakukan oleh Aswan Wanchik itu adalah betul bagi menegakkan haknya sebagai pengguna.

“Betullah tindakan dia tulis di Facebook kerana boleh sedarkan orang ramai, nak dapat balik duit itu sudah tidak boleh.

“Lelaki itu berhak menguar-uarkan kepada pelanggan lain apabila haknya sebagai pengguna dicabuli,” jelasnya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Tambah Zahari, pengguna disyorkan untuk membuat aduan rasmi sama ada secara atas talian, kiriman emel, surat, kaunter aduan atau menggunakan aplikasi Ezy-Adu bagi membolehkan KPDNKK mengambil tindakan lanjut.

Sebelum ini, memetik laporan Sinar Harian, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada sebuah warung.

Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, notis itu dikeluarkan pada 24 Mei selepas melakukan pemeriksaan terhadap warung yang tular di media sosial kerana mengenakan caj harga tidak munasabah untuk sepinggan nasi campur.
Sumber: MStar

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Bihun sup berapi cekik darah RM13.50 semangkuk!

Sekianlah artikel Bihun sup berapi cekik darah RM13.50 semangkuk! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bihun sup berapi cekik darah RM13.50 semangkuk! dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/bihun-sup-berapi-cekik-darah-rm1350.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :