Judul : Jadi ikutan beri kelebihan
link : Jadi ikutan beri kelebihan
Jadi ikutan beri kelebihan
Pasangan suami isteri popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang turut dikenali sebagai Schawal berjaya menjenamakan diri mereka dalam pelbagai bidang.
Tidak dinafikan sejak berkahwin, apa saja yang dilakukan mereka mendapat perhatian ramai sehingga ada segelintir pasangan artis ingin menjadi seperti mereka.
Baik fesyen mahupun gaya hidup, pasangan ini menjadi rujukan pasangan lain.
Dalam erti kata lain, Awal dan Scha menjadi pelopor bagi setiap perkara baru terutama selepas kehadiran anak sulung mereka, Lara Alana, 3.
Bagi Awal, apa yang cuba diketengahkan bersama Scha adalah minat mereka untuk dikongsi bersama peminat.
“Kami tidak pernah rancang untuk berada pada tahap sekarang. Apa yang kami ada sekarang adalah berkat usaha dan kerja keras. Malah setiap apa yang kami lakukan tidak pernah sekali pun terfikir ia akan diikuti orang lain.
“Kebetulan kami mempunyai minat sama dalam bidang fesyen dan perniagaan. Jadi kami hanya merealisasikan perkara itu. Lagipun, tidak salah mencuba sesuatu yang baru. Kalau ada pasangan yang tiru atau cuba jadi seperti kami, itu hak mereka.
“Secara peribadi saya menganggap ia sesuatu yang bagus kerana berjaya memberi inspirasi kepada mereka. Sekurang-kurangnya kami menjadi pelopor untuk perkara itu. Buatlah apa sekali pun, kami okey saja,” katanya.
Namun, Awal yang juga pengacara Melodi tidak pernah meletakkan populariti diri dan isteri sebagai jalan singkat untuk meyakinkan orang ramai atas apa yang dilakukan terutama dalam bidang perniagaan.
“Sejujurnya bergelar selebriti lebih susah untuk menjual barang kerana ramai beranggapan artis tidak serius dalam mengusahakan perkara ini.
“Disebabkan itu, ia menyukarkan kami meyakinkan orang ramai membeli produk yang dijual kerana kebanyakan mereka mempunyai mentaliti sebegitu.
“Jadi, cara terbaik adalah saya dan isteri menggunakan produk sendiri dan secara tidak langsung ia dapat meyakinkan orang untuk membeli,” katanya.
Buka butik baru
Perkembangan lain, Awal dan Scha baru saja membuka butik baru yang dikenali sebagai Schawal Store di Jakel Mall, Kuala Lumpur.
Butik itu diilhamkan daripada perniagaan vendor yang diusahakan dua tahun lalu. Namun kedai itu terpaksa ditutup atas sebab tertentu.
“Garderobe menghimpunkan 80 jenama tempatan di bawah satu bumbung. Saya perhatikan, kebanyakan yang datang adalah peminat kami dan lebih kepada membeli produk kami.
“Jadi, saya dan isteri ambil keputusan tutup kedai itu dan membuka butik baru yang menjual semua produk kami sendiri. Pada masa sama, kami tidak mahu dikatakan menutup periuk nasi orang lain,” katanya.
Optimis dengan pendirian Awal, Scha berkata, biarpun impian untuk mempunyai butik sendiri tercapai, dia tetap ingin menyeimbangkan antara dunia hiburan dan perniagaan.
“Sebagai artis saya tidak boleh menjangka apa bakal berlaku pada masa hadapan. Saya dan suami tidak boleh beri jaminan yang kami akan terus diterima dalam industri. Setiap hari ada saja wajah baru muncul.
“Jadi, kami perlu ada perancangan lain iaitu perniagaan agar boleh menjamin masa hadapan. Sekiranya tidak dipanggil untuk menjadi pengacara atau berlakon lagi, sekurang-kurangnya kami ada sesuatu yang diusahakan,” katanya.
Serentak dengan pelancaran butik baru itu, Awal dan Scha turut memperkenalkan rangkaian wangian baru mereka, Noir by Awal Ashaari dan Silver Rose by Scha Alyahya.
“Strategi ini sengaja dilakukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab meniru hak cipta wangian kami seperti yang berlaku sebelum ini.
“Menerusi dua wangian terbaru ini, saya dan suami menghentikan penghasilan dua wangian terdahulu iaitu Bleu by Awal dan Maroon by Scha,” katanya.
The post Jadi ikutan beri kelebihan appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jadi ikutan beri kelebihan
Anda sekarang membaca artikel Jadi ikutan beri kelebihan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/jadi-ikutan-beri-kelebihan.html