Judul : Kami tak mintak pun disanjungi, cuma nak kamu fahami dan hormatilah tugas kami.
link : Kami tak mintak pun disanjungi, cuma nak kamu fahami dan hormatilah tugas kami.
Kami tak mintak pun disanjungi, cuma nak kamu fahami dan hormatilah tugas kami.
Dari: Muhammad Naim, Pegawai Penjara.
UNTUK PENGETAHUAN ORANG AWAM TENTANG PENJARA.
Dulu saya sama mcm brother nizam nie, dok marah kan jail kata jail bajet mcm polis nak kena bagi laluan la nak kena himpit tepi smpai jem jalan nak bagi laluan kat dia, mengalah kan vvip. Macam-macam lagi la tak puas hati punya pasal. Tup2 saya pulak terpanggil jadi pegawai penjara..
Bila dah kerja penjara, baru la saya faham segala-galanya apa yang saya duk pertikaikan, apa yang saya dok tak puas hati. Semuanya terjawab kerana kenderaan penjara, itulah ambulans, itu lah kenderaan nak bawa rawatan, kenderaan tu juga lah untuk pengiringan banduan yang berisiko dan banduan kurang berisiko.
Semua guna kenderaan yangg sama..sebab masa tu saya tak duduk dan faham kerja mereka. Merekalah insan yang sanggup letak nyawa bagai di hujung tanduk demi keselamatan negara dan kita, tetapi yang semua sedia maklum. Penjara taklah famous macam jabatan lain, sebab tu orang tak tahu tugasannya bagaimana risiko kerjanya mcm mana.
Mana yang pakai uniform penjara boleh di anggap sebagai orang gila sebab kerja mereka berisiko tetapi mereka sanggup laksanakan juga. Mereka sanggup meletak kan nyawa dlm sebuah tembok dikelilingi dengan ratusan dan ribuan persalah yang terdiri dari pelbagai segi jenayah.
Mereka tetap bekerja demi keselamatan orang awam lain dengan 1 anggota nisbah 200 orang banduan. Adakala 1 nisbah 500, kalau budak tadika takpalah lagi, ni semua pesalah jenayah dari kes berat sampai lah kes paling kecil. Dengar 1 nisbah 200 pun bunyi macam tak logik.
Tapi tulah hakikat sebenarnya, kira okay 1:200. Kalau yang 1:500, orang gila je sanggup lebih baik jaga binatang dari jaga orang. Binatang cukup makan, tak ada ragam. Manusia ni bagi apa pun tetap tak cukup dengan ragam setiap hari, dengan macam-macam masalah nak kena hadap. Minta macam-macam lagi nak suruh layan macam putera raja.
Biasanya pengiringan dengan motor, ia melibatkan banduan yang berisiko tinggi seperti orang tahanan yang dikenakan dalam kaedah sosma iaitu kesalahan yang melibatkan kongsi gelap, jenayah terancang, penganas. Kalau kenderaan tu berhenti di jem, senang-senang la dia orang nak rancang apa-apa untuk ambil kembali orang yg sedang diiring.
So rasanya kalau orang luar faham, isu ni takkan pernah timbul. Tapi kalau rasanya masalah kemalangan tu saya rasa ada 2 pendapat:-
1- Mungkin kesalahan penjara tak ikut tatacara pengiringan.
2- Kesalahan pemandu kerana tidak ambil peduli bunyi amaran siren, dan memandu dengan jarak yang rapat.
Kebiasannya siren akan dibunyikan awal tanda amaran kenderaan penjara atau pun apa-apa kenderaan yang diwartakan sebagai kenderaan bantuan example ambulans, bomba atau kenderaan keselamatan ( polis, jpj, penjara ).
Sepatutnya yg memandu dah kena mula perlahankan kenderaan dan bersedia bagi apa-apa kerjasama kepada mereka. Tapi kebanyakan pemandu di Malaysia ni. Ambulan belakang kereta pun buat tak tahu je, buat macam takda apa. Itulah sikap orang malaysia. Lagi satu suka buat satu kesimpulan tanpa ada mengkajinya dulu..lepas tu viralkan kononnya dia bagus, dia betul, cari publisiti murahan, tagih simpati, itu pun dah tunjuk langkah tak bijak.
# Kami tak mintak pun disanjungi, cuma nak kamu fahami dan hormatilah tugas kami.
Sumber : Muhammad Naim
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kami tak mintak pun disanjungi, cuma nak kamu fahami dan hormatilah tugas kami.
Anda sekarang membaca artikel Kami tak mintak pun disanjungi, cuma nak kamu fahami dan hormatilah tugas kami. dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kami-tak-mintak-pun-disanjungi-cuma-nak.html