Judul : Jamie Foxx & Katie Holmes Tayang Kemesraan di Khalayak
link : Jamie Foxx & Katie Holmes Tayang Kemesraan di Khalayak
Jamie Foxx & Katie Holmes Tayang Kemesraan di Khalayak
Selepas bertahun-tahun media antarabangsa melaporkan mengenai gosip hubungan mereka akhirnya Katie Holmes dan Jamie Foxx tidak lagi cuba menyembunyikan fakta bahawa mereka memang bercinta.
Terbaru, detik kemesraan pasangan itu sempat dirakamkan lensa kamera paparazzi ketika mereka sedang menghabiskan masa bersama sewaktu cuti Hari Buruh.
Daily Mail melaporkan pasangan itu dilihat berpegangan sambil sambil berjalan-jalan menikmati keindahan di pantai Malibu pada 4 September lalu. Katie dan Jamie kelihatan santai dan berkongsi gelak ketawa bersama.
Difahamkan, pasangan itu juga tinggal di rumah pantai di mana mereka juga dilihat menghabiskan masa bersama di teras pantai. Seakan menyedari menyedari bahawa seseorang mengambil gambar mereka, namun baik Jamie mahupun Katie nampaknya tenang dan tidak berasa privasi mereka diganggu.
Khabar angin mengenai hubungan cinta Katie dan Jamie mula beredar sejak beberapa tahun lalu malah selama tempoh ada beberapa gambaran sekaligus membuktikan khabar tersebut benar.
Misalnya, Jamie dilaporkan meluangkan masa bersama Katie dan anaknya Suri Cruise di California. Mereka dilihat di The Commons di Calabasas sekitar waktu yang sama walaupun ketika itu mereka tidak dilihat berdua-duaan.
Kemudian, aktor yang pernah dicalonkan dalam anugerah Oscar itu dilaporkan menuju rumah Katie dengan sebuah kenderaan jenis Mercedes SUV selepas mengambil beberapa hidangan dari sebuat kedai yogurtnberdekatan kawasan tersebut.
Spekulasi bekas isteri Tom Cruise itu menjalin hubungan istimewa dengan bintang filem Baby Driver itu mula diperkatakan pada tahun 2013 selepas aksi mereka menari di acara amal di Hamptons.
Pada tahun 2015, tersebar gambar menunjukkan pasangan ini berpengang tangan di sebuah studio. Kemudian sekitar awal April lalu, gambar mereka dirakamkan ketika sedang menikmati makan malam bersama di restoran East Village, di New York City.
Pada Mac 2016, Katie didakwa memakai sebentuk cincin dipercayai merupakan pemberian daripada Jamie. Namun aktor berusia 49 tahun itu menafikannya.
Dan kali ini boleh dikira, Katie dan Jamie membuat penampilan di khalayak buat pertama kali secara rasmi sebagai pasangan kekasih.
The post Jamie Foxx & Katie Holmes Tayang Kemesraan di Khalayak appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jamie Foxx & Katie Holmes Tayang Kemesraan di Khalayak
Anda sekarang membaca artikel Jamie Foxx & Katie Holmes Tayang Kemesraan di Khalayak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/jamie-foxx-katie-holmes-tayang.html