Judul : Dua lagi maut dalam masa kurang 24 jam
link : Dua lagi maut dalam masa kurang 24 jam
Dua lagi maut dalam masa kurang 24 jam
Belum sampai 24 jam kemalangan menyayat hati yang mengorbankan dua anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun di Kemaman, satu lagi nahas jalan raya mengakibatkan dua lagi mangsa maut di daerah ini, awal pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 2.50 pagi di Kilometer (Km) 258 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing itu meragut nyawa Mohamad Zaiful Azlan Embong, 53, yang beralamat di Jalan Selat, Tasek Padang Kabar, Bukit Payong, Marang dan Mohamad Nazrul Afda Mat Amin, 21, dari Kampung Tasek Banggol Pak Ali, Bukit Payong, Marang.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta Proton Persona dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.
Katanya, ketika kejadian, kenderaan dipandu Mohamad Zaiful Azlan yang bekerja sendiri, secara tiba-tiba terbabas lalu merempuh pengadang kiri lebuh raya, menyebabkan kenderaan itu turut berpusing beberapa kali sebelum terhenti di lorong kanan lebuh raya.
“Ekoran itu Mohamad Zaiful Azlan tercampak ke atas jalan manakala penumpangnya, Mohamad Nazrul Afda tersepit di dalam kereta dan dikeluarkan oleh pihak bomba.
“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kemaman untuk untuk proses pengecaman,” katanya.
Rempuhan kuat juga mengakibatkan bahagian belakang dan depan kenderaan terbabit remuk teruk hinggakan enjin kereta itu turut tercabut serta tercampak ke bahagian tengah lebuh raya.
Mohd Said berkata, proses bedah siasat dijangka dijalankan pada jam 9 pagi ini dan siasatan lanjut kes itu dilakukan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Kemalangan itu hanya berselang kira-kira 12 jam selepas insiden konvoi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) polis trafik yang dalam perjalanan pulang dari Mersing, Johor ke Kuala Terengganu dirempuh sebuah lori yang memasuki laluan konvoi di KM 139 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Teluk Kalong, di sini, kira-kira jam 2.55 petang, semalam.
Dua peserta konvoi yang menunggang motosikal berat polis jenis Honda CBX 750, Sarjan Mejar Abd Hakim Samingan, 54 dan Koperal Suresh Itchang, 36, yang kedua-duanya dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Dungun meninggal dunia di tempat kejadian.
The post Dua lagi maut dalam masa kurang 24 jam appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Dua lagi maut dalam masa kurang 24 jam
Anda sekarang membaca artikel Dua lagi maut dalam masa kurang 24 jam dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/dua-lagi-maut-dalam-masa-kurang-24-jam.html