Ayda Jebat Ambil Keputusan Berehat

Ayda Jebat Ambil Keputusan Berehat - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ayda Jebat Ambil Keputusan Berehat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ayda Jebat Ambil Keputusan Berehat
link : Ayda Jebat Ambil Keputusan Berehat

Baca juga


Ayda Jebat Ambil Keputusan Berehat

SEKIAN lama bekerja, tibalah masanya untuk pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berehat buat seketika daripada dunia lakonan sehingga hujung tahun ini.

Ayda, 25, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi fokus kepada karier nyanyian dan penghasilan album pertamanya.

“Jadual saya penuh dengan penggambaran dan promosi filem, sekarang saya nak fokus kepada karier nyanyian saya pula,” katanya.

Ayda ditemui ketika pelancaran filem Pinjamkan Hatiku di The Garden Kuala Lumpur, Selasa.

Filem berkenaan yang diarahkan oleh Osman Ali turut dibintangi pelakon seperti Shaheizy Sam dan Farid Kamil.

Dalam pada itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata dia hanya akan kembali aktif dalam dunia lakonan awal tahun depan.

“Untuk tahun depan, jadual saya sudah dipenuhi dengan beberapa tawaran lakonan, tetapi buat masa sekarang saya tak boleh kongsikan lagi nama projek berkenaan,” katanya.

Bercakap mengenai filem Pinjamkan Hatiku, Ayda selaku teraju utama berkongsi beberapa peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang penggambaran dijalankan.

Menurut Ayda, antara peristiwa itu ialah seorang kru meninggal dunia dalam tempoh penggambaran.

Selain itu, dirinya turut mengalami kecederaan di wajah dan kaki akibat terkena rakit.

Bukan itu sahaja, pengarah filem iaitu Osman Ali turut berhadapan peristiwa cemas apabila beliau terjatuh ke dalam air.

“Bayangkan, ada kru yang langsung tidak tahu berenang ketika bot terbalik,” ujarnya lagi.

Ayda berkata, peminat harus menonton filem itu bagi menyaksikan sendiri apa yang dia ceritakan.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam bermula 30 November 2017.

The post Ayda Jebat Ambil Keputusan Berehat appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ayda Jebat Ambil Keputusan Berehat

Sekianlah artikel Ayda Jebat Ambil Keputusan Berehat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ayda Jebat Ambil Keputusan Berehat dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/ayda-jebat-ambil-keputusan-berehat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :