Seorang Lagi Disyaki Dijangkiti Rabies

Seorang Lagi Disyaki Dijangkiti Rabies - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Lagi Disyaki Dijangkiti Rabies, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Lagi Disyaki Dijangkiti Rabies
link : Seorang Lagi Disyaki Dijangkiti Rabies

Baca juga


Seorang Lagi Disyaki Dijangkiti Rabies

GEORGE TOWN – Seorang lagi pesakit kini dirawat di sebuah hospital di Sarawak setelah disyaki dijangkiti virus rabies atau penyakit anjing gila, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan masih menunggu keputusan ujian kesihatan pesakit itu dan sekiranya positif, dia merupakan individu keempat yang dijangkiti penyakit itu.

“Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut berhubung perkara itu…sekarang kami beri rawatan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) sebanyak RM100,000 kepada Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

Sumbangan daripada Tabung Zakat UEM Edgenta itu adalah untuk kegunaan pesakit-pesakit asnaf di HPP yang memerlukan rawatan perubatan termasuk pembedahan. Turut hadir Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Azmir Merican dan Pengarah HPP Datuk Dr Norsidah Ismail.

Mengenai kanak-kanak perempuan yang masih dirawat di Hospital Umum Sarawak akibat dijangkiti rabies, Dr Hilmi berkata keadaan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu masih kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik, berumur empat, enam dan tujuh tahun di daerah Serian disahkan dijangkiti rabies. Dua daripada mangsa mempunyai sejarah gigitan anjing lebih kurang sebulan atau dua bulan sebelum mula menunjukkan tanda dan gejala, manakala seorang lagi tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sejarah gigitan anjing atau tidak.

Pada 4 Julai, dua beradik Jackson Mazlan, 4, dan kakaknya, Monica, 6, dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian, meninggal dunia selepas ibu bapa mereka membenarkan doktor mencabut sistem sokongan hayat memandangkan hasil dianogsis mengesahkan mereka mati otak.

Sementara itu, Dr Hilmi berharap lebih banyak syarikat terutama syarikat korporat berkaitan kerajaan (GLC) menyumbang kepada tabung kebajikan hospital kerajaan di seluruh negara dalam usaha membantu pesakit kurang berkemampuan yang memerlukan rawatan sakit kronik terutama pembedahan segera.

“Kerajaan memang sediakan tabung kebajikan itu untuk membantu pesakit kurang berkemampuan di hospital-hospital kita dan setiap tahun sebanyak RM30 juta hingga RM40 juta diperuntukkan namun ia belum mencukupi bagi membantu mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Azmir berkata selain HPP, pihaknya turut menyumbangkan RM100,000 kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun, di Ipoh, Perak bagi membantu pesakit  dan berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban serta membolehkan mereka mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya.

“Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat UEM Edgenta dan kami bercadang untuk meneruskan usaha murni ini pada masa hadapan di HPP, HRPB dan hospital lain serta komuniti setempat,” katanya.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Seorang Lagi Disyaki Dijangkiti Rabies

Sekianlah artikel Seorang Lagi Disyaki Dijangkiti Rabies kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Lagi Disyaki Dijangkiti Rabies dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/seorang-lagi-disyaki-dijangkiti-rabies_10.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :