Judul : Aksi Barack Obama Jatuhkan Mikrofon Beri BTS Inspirasi
link : Aksi Barack Obama Jatuhkan Mikrofon Beri BTS Inspirasi
Aksi Barack Obama Jatuhkan Mikrofon Beri BTS Inspirasi
Kumpulan sensasi KPop, BTS (Bangtan Boys) mendedahkan lagu berjudul Drop Mic, yang dimuatkan di dalam album terbaharu mereka, Love Yourself: Her diilham daripada aksi bersahaja bekas seorang pemimpin dunia.
Menurut Rap Monster, lagu tersebut diinspirasi daripada aksi bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sewaktu beliau berucap pada satu majlis makan malam yang diadakan di White House, Washington, D.C sekitar tahun 2016.
Ketika di akhir ucapan, beliau secara bersahaja melepaskan mikrofon daripada genggamannya sambil berkata, “Obama out” (Obama keluar) dan beliau berlalu pergi.
Aksi menjatuhkan mikrofon selepas berucap itu sekaligus menjadi simbol bahawa individu yang memberi ucapan itu memggambarkan dia seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan penuh gaya.
Rap Monster menjelaskan, simbol itu turut diekpsresi mereka menerusi lagu tersebut.
“Kami menambah ucapan kami di anugerah Muzik Billboard sebagai track-skit. Selepas itu, single Mic Drop yang diinspirasi daripada ucapan Barack Obama.
“Beliau menjatuhkan mikrofon seolah-olah mengekspresi “Tidakkah ucapan saya cukup bergaya?”
Dengan itu, lagu kami ‘Mic Drop’ sebuah lagu yang menggambarkan gaya, harapan dan keyakinan,” katanya.
Sementara itu, BTS baru saja melancarkan single terbaharu mereka bertajuk DNA. Muzik video lagu tersebut mendapat lebih 15 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas ianya dilancarkan di Youtube.
The post Aksi Barack Obama Jatuhkan Mikrofon Beri BTS Inspirasi appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Aksi Barack Obama Jatuhkan Mikrofon Beri BTS Inspirasi
Anda sekarang membaca artikel Aksi Barack Obama Jatuhkan Mikrofon Beri BTS Inspirasi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/aksi-barack-obama-jatuhkan-mikrofon.html