Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi

Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi
link : Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi

Baca juga


Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi

yaasin1-1024x1024.png

Surah Yaasin ( ) adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yaasin kerana dimulaikan dengan huruf Ya sin. Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.

Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mubmah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manafaat kepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafiah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Seelok-eloknya membaca Surah Yaasin selepas solat Dhuha. InsyaAllah akan terbuka seluas-luasnya peluang dan rezeki berlimpah luah.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan. Iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Antara kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya:

Rasulullah SAW bersabda;

1. Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi.

2. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.

3. Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.

4. Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.

5. Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.

6. Maqri rahmatullah alaih berkata, Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.

7. Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.

8. Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.

Sumber: sehinggit


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi

Sekianlah artikel Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/fadhilat-membaca-surah-yaasin-setiap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :