Yazid Search Dilarang Menaiki Pesawat Kerana Uzur

Yazid Search Dilarang Menaiki Pesawat Kerana Uzur - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Yazid Search Dilarang Menaiki Pesawat Kerana Uzur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yazid Search Dilarang Menaiki Pesawat Kerana Uzur
link : Yazid Search Dilarang Menaiki Pesawat Kerana Uzur

Baca juga


Yazid Search Dilarang Menaiki Pesawat Kerana Uzur


Yazid Ahmad, pemain drum kumpulan Search terpaksa membatalkan hasratnya untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Brunei apabila beliau dilarang menaiki pesawat kerana uzur.

Ramlah Mat, isteri kepada Yazid berkata kesihatan suaminya itu merosot ketika mereka sedang menunggu pesawat untuk pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada isnin setelah empat hari berada di negara itu.

"Kami berada di Brunei sejak Jumaat lalu berikutan suami saya ada undangan menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian. 

"Pada awalnya, kesihatannya baik tapi hari terakhir dia nampak penat dan mengalami sesak nafas dan semput sehingga tidak dibenarkan menaiki pesawat. Dia terus dibawa ke Hospital Ripas untuk mendapatkan rawatan," lapor mStar Online.

Jelas Ramlah lagi, suaminya itu sedang menjalani rawatan dialisis bagi membuang air pada paru-paru yang mengakibatkan dia menjadi semput.

Menurutnya, keadaan Yazid semakin stabil meskipun masih berada dalam keadaan lemah.

"Selepas melakukan rawatan dialisis semalam, tekanan darah dia semakin baik dari 180 kepada 108. Tapi dia masih lemah dan tidak boleh berjalan.

"Sepatutnya sudah boleh keluar hari ini tapi pihak hospital minta buat satu lagi dialisis kerana masih ada saki baki air di paru-paru yang perlu dikeluarkan.

"Biasanya sekali dialisis mengambil masa tiga jam, mungkin esok baru kami dibenarkan keluar dan pulang ke Malaysia," ujarnya.



Ramlah turut berharap peminat dan orang ramai mendoakan kesihatan suaminya agar dapat pulang ke Malaysia segera.

Yazid Ahmad dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Julai 2015 akibat masalah jantung dan buah pinggang.

Sumber- Mstar Online


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Yazid Search Dilarang Menaiki Pesawat Kerana Uzur

Sekianlah artikel Yazid Search Dilarang Menaiki Pesawat Kerana Uzur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Yazid Search Dilarang Menaiki Pesawat Kerana Uzur dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/yazid-search-dilarang-menaiki-pesawat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :