Bangsawan Hikayat Seribu Satu Malam Jadi tarikan

Bangsawan Hikayat Seribu Satu Malam Jadi tarikan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bangsawan Hikayat Seribu Satu Malam Jadi tarikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bangsawan Hikayat Seribu Satu Malam Jadi tarikan
link : Bangsawan Hikayat Seribu Satu Malam Jadi tarikan

Baca juga


Bangsawan Hikayat Seribu Satu Malam Jadi tarikan

PROJEK Diploma Showcase merupakan acara tradisi pelajar-pelajar diploma Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana, Shah Alam untuk melaksanakan projek persembahan bagi melengkapkan penilaian akhir bagi mereka sebelum menamatkan pengajian.

Menerusi projek ini, pelajar terlibat akan dinilai menerusi pementasan yang dipersetujui pensyarah.

Kali ini, Projek Diploma Showsace akan tampil dengan sebuah pementasan lain dari yang lain menerusi sebuah naskhah bangsawan bertajuk Hikayat Seribu Satu Malam.

Naskhah ini merupakan karya adaptasi daripada sebuah kisah dongeng paling terkenal di dunia, The Arabian Nights, yang mempunyai kisah cukup menarik selain sarat dengan mesej-mesej yang tetap relevan dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Meskipun karyanya cukup popular dan beberapa kali telah dipentaskan kepada umum, naskhah  yang skripnya ditulis Dr Marlenny Deenerwan dan bakal diarahkan oleh Mazlan Tahir, seorang pensyarah teater di Fakulti Filem, Teater dan Animasi ini menjanjikan sesuatu yang berbeza dan menghiburkan.

Tidak hanya sebuah persembahan bangsawan biasa, namun naskhah ini diolah dengan pendekatan yang lebih segar sesuai dengan penglibatan pelajar-pelajar yang mewakili generasi baru dengan cara dan gaya persembahan mereka yang tersendiri.

Memenuhi tuntutan sebuah persembahan bangsawan, segmen Extra Turn turut menjanjikan sesuatu yang menarik pelbagai aktiviti yang bakal menghiburkan penonton yang hadir menyaksikan persembahan ini.

Persembahan ini bakal menguji kemampuan mereka untuk beraksi di pentas selain terlibat dengan kerja-kerja pengurusan di belakang pentas termasuk analisis skrip.

Pementasan ini akan berlangsung pada 20 hingga 21 Disember 2017, jam 8.30 malam di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam dengan bayaran tiket RM15.

Sinopsis

Mengisahkan tentang Maharaja Shahryar yang berjaya menangkap permaisurinya yang sedang berlaku curang dengan seorang hamba abdi. Marah dan kecewa dengan apa yang berlaku itu, baginda telah menjatuhkan hukuman bunuh serta-merta kepada kedua-duanya.

Tidak hanya itu, baginda yang tidak dapat mengawal amarahnya, turut bersumpah akan berkahwin dengan seorang perawan setiap malam, namun akan membunuh mereka pada keesokan harinya.

Demi menghentikan kekejaman itu, seorang gadis cantik dan bijaksana bernama Shahrazad telah menawarkan diri untuk menjadi isteri Maharaja Shahryar.

Selama seribu satu malam Shahrazad mencari akal dengan melakukan pelbagai helah untuk mengelak dan menangguhkan hukuman yang bakal dikenakan kepadanya sebagaimana gadis-gadis lain sebelum ini.

Pada masa sama, Shahrazad juga berusaha untuk memulihkan semula kepercayaan baginda  kepada wanita sekali gus memadam dendam serta amarah baginda terhadap apa yang pernah dilaluinya sebelum ini.

The post Bangsawan Hikayat Seribu Satu Malam Jadi tarikan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Bangsawan Hikayat Seribu Satu Malam Jadi tarikan

Sekianlah artikel Bangsawan Hikayat Seribu Satu Malam Jadi tarikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bangsawan Hikayat Seribu Satu Malam Jadi tarikan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/bangsawan-hikayat-seribu-satu-malam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :