Hukuman bunuh perogol disiar di televisyen

Hukuman bunuh perogol disiar di televisyen - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hukuman bunuh perogol disiar di televisyen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hukuman bunuh perogol disiar di televisyen
link : Hukuman bunuh perogol disiar di televisyen

Baca juga


Hukuman bunuh perogol disiar di televisyen

HUKUMAN bunuh lelaki berusia 41 tahun yang merogol dan membunuh budak perempuan tiga tahun disiarkan secara langsung melalui televisyen dengan lelaki itu ditembak di kepala disaksikan ribuan penduduk di Sana, Yaman, semalam.

Hukuman bunuh di Yaman biasanya dilaksanakan dengan pesalah dipancung namun ini kali pertama ia disiarkan melalui televisyen oleh pemberontak Houthi yang menguasai ibu negara Yaman itu.

Lelaki berkenaan dibaringkan meniarap di Dataran Tahrir dengan tangan digari ke belakang, disaksikan kira-kira 10,000 orang dan seorang tentera menembak kepalanya dari jarak dekat.

Menurut Agensi Berita Saba (agensi berita Yaman), lelaki berkenaan, mahkamah Houthi mendapati Mohammed Saad Mujahid al-Maghrabi, 41, bersalah bagi tuduhan merogol dan membunuh Rana al-Matan, tiga tahun.

Keluarga mangsa dan agensi berita dijemput menyaksikan hukuman itu yang dianggap pemerhati sebagai usaha Houthi menunjukkan usahanya membasmi jenayah kepada rakyat di negara yang dibelenggu perang saudara sejak dua tahun lalu.

Jurugambar akhbar, Abdulkareem Ziraei, 32, menganggarkan 10,000 orang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu.

Reuters melaporkan, bapa mangsa menyatakan rasa lega kerana undang-undang dilaksanakan.

Kanak-kanak perempuan itu dibunuh 25 Jun lalu, iaitu pada hari pertama Aidilfitri.

Sekurang-kurangnya 10,000 orang terbunuh dalam perang saudara antara Houthi yang disokong Iran dan tentera gabungan Arab diketuai Arab Saudi.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Hukuman bunuh perogol disiar di televisyen

Sekianlah artikel Hukuman bunuh perogol disiar di televisyen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hukuman bunuh perogol disiar di televisyen dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/hukuman-bunuh-perogol-disiar-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :