“Tak puas serang di KLIA tunjuk jari tengah, makcik tu maki saya di IG pula” – Ika Nabella dedah cerita sebenar pergaduhan dengan seorang makcik

“Tak puas serang di KLIA tunjuk jari tengah, makcik tu maki saya di IG pula” – Ika Nabella dedah cerita sebenar pergaduhan dengan seorang makcik - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Tak puas serang di KLIA tunjuk jari tengah, makcik tu maki saya di IG pula” – Ika Nabella dedah cerita sebenar pergaduhan dengan seorang makcik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Tak puas serang di KLIA tunjuk jari tengah, makcik tu maki saya di IG pula” – Ika Nabella dedah cerita sebenar pergaduhan dengan seorang makcik
link : “Tak puas serang di KLIA tunjuk jari tengah, makcik tu maki saya di IG pula” – Ika Nabella dedah cerita sebenar pergaduhan dengan seorang makcik

Baca juga


“Tak puas serang di KLIA tunjuk jari tengah, makcik tu maki saya di IG pula” – Ika Nabella dedah cerita sebenar pergaduhan dengan seorang makcik

SEORANG wanita yang cuba menyerang Ika Nabella dengan mengeluarkan kata-kata kesat menerima padah apabila aktres itu mengambil kesempatan berkongsi mesej berkenaan di laman Instagram miliknya.

Ia disebabkan individu itu mengugut untuk mendedahkan mesej perbualan berkenaan terlebih dahulu sebelum Ika Nabella mengambil pendekatan melakukannya lebih awal.

Menceritakan kejadian sebenar Ika, 28, berkata, masalah berpunca apabila dia dituduh melanggar seorang wanita agak berusia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) Isnin lalu yang tiba-tiba naik hantu dan hilang pertimbangan apabila memaki hamunnya di khalayak.

“Kami dari Surabaya menaiki penerbangan yang sama. Bila sampai di KLIA 2 kira-kira pukul 2.30 pagi, makcik itu dan seorang lagi rakannya menghalang pengguna eskalator yang ingin berjalan cepat.

Ika Nabela berkongsi mesej perbualan yang dihantar seorang individu secara peribadi di laman Instagram miliknya.

“Jadi saya minta izin agar mereka beri laluan kepada kami sekeluarga, namun dia tidak berganjak, jadi saya terpaksa lalu di tengah-tengah mereka yang berdiri untuk meneruskan perjalanan.

“Namun, dia iba-tiba naik marah kerana katanya saya telah melanggar dia. Dia suruh saya minta maaf kepadanya selain mengeluarklan perkataan-perkataan kesat dan nada tinggi,” ujarnya kepada mStar Online.

Ika mengulas tindakanya memuat naik paparan perbualan mesej peribadi di laman Instagram antara dia dengan wanita tersebut pada petang Khamis.

Tidak mahu perkara tersebut bertambah kecoh, Ika berkata, dia meneruskan sahaja perjalanan sehingga kedua-dua mereka terserempak kali kedua di kaunter pemeriksaan Imigresen.

Ika bersama suaminya Muhammad Zaid Aznam ketika bercuti baru-baru ini.

Wanita berkenaan meluru laju ke arahnya sambil menjerit perkataan tidak sepatutnya selain menunjukkan isyarat lucah jari hantu atau jari tengah.

“Cemas juga bila dia tiba-tiba datang ke arah saya dan menjerit-jerit seperti orang hilang pertimbangan. Mujurlah suami dan anaknya dapat menghalang dan minta dia bersabar.

“Suami makcik itu juga sempat meminta maaf kepada suami saya atas tindakan memalukan isterinya itu,” ujar Ika.

Tidak selesai di situ, Ika berkata, wanita tersebut mencari laman sosial Instagramnya bagi meluahkan rasa marah dengan kata-kata kesat.

Katanya, dia juga mengugut untuk menyebarkan perkara itu kepada umum dengan tujuan untuk memalukan.

“Rupa-rupanya dia cari akaun Instagram saya untuk melepaskan kemarahannya yang tidak habis itu. Dia menulis mesej peribadi kepada saya dengan kata-kata provokasi.

"Tak puas serang di KLIA tunjuk jari tengah, makcik tu maki saya di IG pula" - Ika Nabella dedah cerita sebenar pergaduhan dengan seorang makcik

“Tak puas serang di KLIA tunjuk jari tengah, makcik tu maki saya di IG pula” – Ika Nabella dedah cerita sebenar pergaduhan dengan seorang makcik

Ini antara posting yang ditulis individu yang dipercaya menyerang Ika Nabella di KLIA 2. Ia dikongsi oleh aktres itu di Instagramnya.

“Dia juga mahu menyebarkan perkara itu kepada umum, namun sebelum dia sebarkan biar saya sebarkan dahulu kerana saya yakin dia yang mahu popular,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ika berkata, jika wanita berkenaan benar-benar mahu kebenaran, dia bersedia untuk menonton kembali kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA 2 siap sebenarnya yang bersalah.

“Kalau dia betul-betul rasa saya bersalah dan mahu memalukan saya, dia boleh tengok balik rakaman CCTV di lapangan terbang itu. Bukanlah dengan cara memalukan orang seperti itu,” ujarnya.

Pemerhatian mStar Online pula mendapati indivdiu itu terus menyerang Ika dengan kata-kata kesat dan maki hamun di Instagram miliknya yang mana status itu turut dikongsi oleh Ika di laman sosialnya.

Sumber: Mstar

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel “Tak puas serang di KLIA tunjuk jari tengah, makcik tu maki saya di IG pula” – Ika Nabella dedah cerita sebenar pergaduhan dengan seorang makcik

Sekianlah artikel “Tak puas serang di KLIA tunjuk jari tengah, makcik tu maki saya di IG pula” – Ika Nabella dedah cerita sebenar pergaduhan dengan seorang makcik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Tak puas serang di KLIA tunjuk jari tengah, makcik tu maki saya di IG pula” – Ika Nabella dedah cerita sebenar pergaduhan dengan seorang makcik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tak-puas-serang-di-klia-tunjuk-jari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :