Judul : 5 Perkara Tentang Rezeki Yang Kita Terlupa, Bukan Duit Semata
link : 5 Perkara Tentang Rezeki Yang Kita Terlupa, Bukan Duit Semata
5 Perkara Tentang Rezeki Yang Kita Terlupa, Bukan Duit Semata
Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil. Rasa cemburu apabila lihat orang lain dikurniakan ramai anak, gaji tinggi dan pendapatan tambahan yang diperoleh rakan kita di tempat kerja lain dan sebagainya. Kita resah melihat rezeki orang lain lebih murah daripada kita.
Ingat ! Rezeki itu bukan semata angka yang tertera pada slip gaji atau pada jumlah duit semata-mata. Kekadang kita lupa…
🔹Dapat bos baik di tempat kerja pun rezeki…
🔹Dapat kawan-kawan sekerja yang baik pun rezeki…
🔹Dapat masyarakat sekeliling yang baik pun rezeki…
🔹Kerja tak tertekan pun rezeki…
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan famili pun rezeki..
Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya. Jom fikir luasnya rezeki. Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki.
Kekadang..
🔸Ada orang direzekikan cantik dan tampan, tapi tak direzekikan cinta.
🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.
Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki itu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 5 Perkara Tentang Rezeki Yang Kita Terlupa, Bukan Duit Semata
Anda sekarang membaca artikel 5 Perkara Tentang Rezeki Yang Kita Terlupa, Bukan Duit Semata dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/5-perkara-tentang-rezeki-yang-kita.html