Sayang anak murid

Sayang anak murid - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sayang anak murid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sayang anak murid
link : Sayang anak murid

Baca juga


Sayang anak murid

Gejala sosial dan disiplin pelajar sekolah bukan perkara asing dalam kalangan masyarakat kita sekarang. Saban masa, kita dikejutkan dengan isu panas membabitkan mereka di sekolah.

Senario ini agak membimbangkan kerana sebahagian guru yang mengajar berada dalam dilema untuk menghukum pelajar bermasalah kerana bimbang dikecam ibu bapa atau netizen.

Manakala segelintir ibu bapa pula cepat melenting menyalahkan guru apabila anak mereka dihukum kerana kenakalan dan kesalahan yang dilakukan.

Ini yang cuba dikupas dan dirungkai pengarah berkaliber, Rashid Sibir menerusi telefilem arahannya, Pentas Haiwan. Diterbitkan syarikatnya, Opera Klasik Sdn Bhd, Pentas Haiwan disiarkan menerusi Astro Citra (Saluran 131) dan Mustika HD (Saluran 134), jam 9 malam ini.

Kata Rashid, Pentas Haiwan adalah satu metafora terhadap kehidupan di sekolah yang menyentuh pelbagai aspek sama ada guru mahupun pelajar.

“Saya melihat perlu adanya satu hujah yang sihat berkenaan peranan kedua-dua pihak. Pelajar tidak boleh dimanjakan dan tak boleh terus dimarahi kerana perlunya ada pertimbangan dalam kalangan guru.

“Guru pula wajib kenal anak muridnya. Jangan biarkan mereka rasa tersisih dan rasa tak dipedulikan. Biar garang, tapi tujuannya mahu mereka berjaya,” katanya.

Rashid juga memilih pelakon yang dirasakan benar-benar sesuai dengan watak bagi memastikan cerita ini sampai kepada penonton.

Gabungan pelakon terbaik dan berpengalaman ditampilkan iaitu Datuk Rahim Razali sebagai Atok, Norlia Ghani (Mak), Sabri Yunus (Pengetua), Syanie (Teacher Laura), Amar Baharin (Ustaz Razak) dan Nad Zainal (Cikgu Monalisa).

Pelakon cilik popular, Nik Adam Mika turut ditampilkan membawakan watak pelajar bernama Adam.

Rashid memuji lakonan Nad yang sangat berkesan membawakan watak Cikgu Monalisa. Kesedihannya apabila dimarahi pengetua memang terasa apatah lagi dia nampak selesa dengan muridnya.

Adam Mika pula walaupun baru berusia lapan tahun, menjiwai karakternya dengan baik dan boleh menangis.

Lakonan Sabri sebagai pengetua yang pemarah dan garang juga cukup menjadi.

Amar sebagai Ustaz Razak mulanya kurang suka pada Cikgu Monalisa namun akhirnya terpaut hati apabila melihat cara Monalisa melayan anak muridnya.

Sementara Rahim sebagai Atok yang tidak dapat menerima kenyataan isteri, anak lelaki dan menantunya mati dalam kemalangan jalan raya.

The post Sayang anak murid appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sayang anak murid

Sekianlah artikel Sayang anak murid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sayang anak murid dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/sayang-anak-murid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :