Judul : Warga Emas OKU Separa Buta Kecewa Wang Bantuan Kebajikan Miliknya Dicuri Rakan Baik Selepas Disuruh Periksa Akaun Bank
link : Warga Emas OKU Separa Buta Kecewa Wang Bantuan Kebajikan Miliknya Dicuri Rakan Baik Selepas Disuruh Periksa Akaun Bank
Warga Emas OKU Separa Buta Kecewa Wang Bantuan Kebajikan Miliknya Dicuri Rakan Baik Selepas Disuruh Periksa Akaun Bank
Sahabat yang baik adalah seorang yang selalu akan menjaga persahabatan mereka dengan sebaik mungkin. Malahan turut berkongsi apa saja masalah sedih atau pun gembira. Tetapi, tidak bagi seorang warga emas apabila telah dikhianati oleh sahabatnya sendiri ketika dia dalam kesusahan malah turut mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana dia seorang Orang Kurang Upaya (OKU).
Tan Chwee Sing, seorang warga emas yang berusia 72 tahun dan juga seorang separa buta amat memerlukan bantuan orang normal bagi menguruskan kewangannya. Beliau juga adalah seorang pesara yang mendapat bantuan kewangan dari agensi kebajikan sosial bagi meringankan bebannya selain beliau adalah seorang OKU yang tidak mampu untuk mencari pendapatan bulanan bagi menyara hidupnya. Sejumlah wang sebanyak $300 bersamaan RM944 lebih setiap bulan akan dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Walau bagaimanapun, dek kerana tidak dapat melihat serta tidak dapat menguruskan kewangannya sendiri, dia memilih untuk mendapatkan bantuan dari rakannya yang dipercayainya iaitu Goh Thiam Hock, 59, bagi membantunya memeriksa dan mengeluarkan wang tersebut.Menurut laporan Straits Times, pada 2 November tahun lalu, Tan telah menghubungi rakan baiknya itu bagi membantunya mengeluarkan wang dan mereka telah membuat janji untuk bertemu di mesin ATM yang berada di Blok 117, Bukit Merah View bagi menguruskan transaksi pengeluaran wang milik Tan di mesin ATM berkenaan.
Tan dikatakan telah memberikan kad bank miliknya serta nombor PIN kepada rakannya itu, Goh dan begitu mengharapkan lelaki tersebut jujur dengannya.
Walau bagaimanapun, harapan Tan berkecai apabila Goh didapati telah menipu dan memberitahu kepada Tan bahawa wang bantuan tersebut belum lagi dimasukkan sedang Goh terlebih dahulu mengeluarkan sejumlah wang bantuan tersebut dan menyimpannya ke dalam poketnya sendiri.
Pada keesokannya, Tan dilaporkan telah mengemaskinikan buku akaun bank miliknya itu dan turut membuat laporan polis pada 7 November tahun lalu setelah mendapat tahu bahawa pengeluaran wang telah dilakukan dengan menggunakan kad bank miliknya itu.
Tindakan jahat Goh turut dapat dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika pengeluaran wang itu dilakukan dan itu sudah cukup membuktikan Goh telah mengkhianati rakannya itu.
Namun, Goh dikatakan telah memulangkan kembali wang yang telah diambilnya itu tetapi tindakan di atas perbuatannya itu tetap diambil dan diteruskan kerana bersalah mencuri. Dia berkemungkinan berdepan dengan hukuman penjara selama 3 tahun termasuk denda.Pada zaman sekarang, tidak perlu terlalu mempercayai orang lain terlalu sangat sekiranya membabitkan dengan wang ringgit, kerana duit adik beradik boleh bergaduh, apatah lagi rakan baik sendiri. - www.koleksiviral.com
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Warga Emas OKU Separa Buta Kecewa Wang Bantuan Kebajikan Miliknya Dicuri Rakan Baik Selepas Disuruh Periksa Akaun Bank
Anda sekarang membaca artikel Warga Emas OKU Separa Buta Kecewa Wang Bantuan Kebajikan Miliknya Dicuri Rakan Baik Selepas Disuruh Periksa Akaun Bank dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/warga-emas-oku-separa-buta-kecewa-wang.html