Judul : Parti Komponen Digesa Bantu Kemenangan BN
link : Parti Komponen Digesa Bantu Kemenangan BN
Parti Komponen Digesa Bantu Kemenangan BN
KULIM – Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) digesa berusaha bersama-sama dengan UMNO dalam memastikan kemenangan parti pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Mengambil contoh Parlimen Padang Serai, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu merupakan pengundi Melayu namun calon-calon yang bertanding pada PRU13 kebanyakannya calon parti-parti komponen.
“Sepatutnya mereka (parti komponen) bekerjasama dengan UMNO dan turun ke bawah atas tiket BN untuk memastikan kemenangan… jangan biarkan UMNO sahaja yang jalankan aktiviti atau program untuk menyokong calon BN.
“…isu-isu yang dimainkan DAP, sepatutnya parti komponen patut bangun dan serang mereka (DAP) habis-habisan..,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Serai di sini, hari ini.
Pada PRU13, kerusi Parlimen Padang Serai dimenangi oleh N.Surendran dari PKR manakala Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas dimenangi oleh Datuk Siti Ashah Ghazali (PAS) dan DUN Lunas dimenangi Azman Nasruddin (PKR).
Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turut membidas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membiar dirinya dipergunakan untuk memecahbelahkan orang Melayu. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Parti Komponen Digesa Bantu Kemenangan BN
Anda sekarang membaca artikel Parti Komponen Digesa Bantu Kemenangan BN dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/parti-komponen-digesa-bantu-kemenangan_28.html