Wanita Ini Minta Suami Hentikan Tabiat Buruk Atau Curang Lagi Automatik Jatuh Talak Dan Hilang Hak Penjagaan Anak

Wanita Ini Minta Suami Hentikan Tabiat Buruk Atau Curang Lagi Automatik Jatuh Talak Dan Hilang Hak Penjagaan Anak - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Ini Minta Suami Hentikan Tabiat Buruk Atau Curang Lagi Automatik Jatuh Talak Dan Hilang Hak Penjagaan Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Ini Minta Suami Hentikan Tabiat Buruk Atau Curang Lagi Automatik Jatuh Talak Dan Hilang Hak Penjagaan Anak
link : Wanita Ini Minta Suami Hentikan Tabiat Buruk Atau Curang Lagi Automatik Jatuh Talak Dan Hilang Hak Penjagaan Anak

Baca juga


Wanita Ini Minta Suami Hentikan Tabiat Buruk Atau Curang Lagi Automatik Jatuh Talak Dan Hilang Hak Penjagaan Anak


Seorang isteri yang kesunyian apabila si suami berkerja di tempat jauh berbulan lamanya sanggup berlaku curang kerana tidak mampu untuk bersabar semasa ketiadaan suami sebaliknya mencari peluang untuk bersama dengan lelaki lain dan lebih teruk lagi menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Inilah yang telah berlaku kepada seorang wanita iaitu seorang isteri yang telah berjaya mengesan kecurangan suaminya dengan seorang wanita lain yang dipercayai isteri kepada seorang askar yang bertugas di Sabah untuk beberapa bulan.

Betapa kecewanya isteri setelah dapat membaca perbualan antara suaminya dengan wanita yang telah berkahwin itu. Lebih mengecewakan apabila si isteri menyatakan kecurangan suaminya itu bukanlah kali pertama sebaliknya adalah kali yang ketiga dimana si suami pernah  berlaku curang dengan menggatal di laman sosial, katanya.

Suami Suka Join Group X Di Facebook

Saya mohon nasihat atas masalah yang saya dan suami hadapi sekarang ini. Suami saya mempunyai tabiat suka membaca dan melihat bahan lucah di media sosial, suka join group lucah Facebook (contohnya seperti group janda sangap, group kelab mencari jodoh dan lain-lain).

Yang terbaru, dia suka berchatting dengan perempuan lain di Facebook Messengers. Sudah tiga kali saya tangkap suami melakukan perbuatan ini. Dari tahun 2009 sehinggalah yang kali terakhir, semalam.

Pada kali yang kedua, suami saya ada menjalinkan hubungan cinta dan sudah berzina dengan salah seorang janda dalam group tersebut. Hati saya remuk, hanya Allah saja yang tahu.

Suami Diberi Pilihan Memilih Isteri atau Hentikan Tabiat Buruk

Saya juga pernah memikirkan untuk bercerai. Tetapi kerana disebabkan sayang pada anak-anak, saya teguhkan hati dan redha dengan ujian dari Allah ini.

Semalam, saya mendapati suami telah bersembang dengan seorang wanita (isteri tentera) di Facebook Messengers. Apabila diperiksa melalui akaun laman sosial itu baru sahaja dibuka pada tiga hari lalu. Saya meminta suami membuat pilihan, sama ada mahukan saya dan keluarga atau buang kegiatan buruknya itu.







Suami berjanji yang dia tidak akan lagi mengulangi perbuatannya itu. Saya dan suami juga akan membuat perjanjian bertulis dengan peguam dan kalau suami buat hal lagi, maka jatuhlah talak bagi saya dan suami tidak boleh menuntut hak penjagaan anak-anak.

Saya rasa terkilan dengan suami, hati saya juga sudah tawar. Patutkah saya maafkan suami? Patutkah saya membuat perjanjian seperti itu?

Untuk pengetahuan, suami saya berumur awal 40-an. Kami mempunyai empat orang cahaya mata. Persoalan saya, benarkah suami saya itu akan berubah? Sekiranya suami saya masih lagi tidak berubah, adakah sah saya buat perjanjian dengan peguam untuk berpisah dan mengikut haluan masing-masing?

Saya sendiri tidak pasti berapa kali lagi saya akan mampu bertahan dengan perangai suami. Tolonglah saya.

Sumber: Kisah Rumah Tangga (KRT)


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Wanita Ini Minta Suami Hentikan Tabiat Buruk Atau Curang Lagi Automatik Jatuh Talak Dan Hilang Hak Penjagaan Anak

Sekianlah artikel Wanita Ini Minta Suami Hentikan Tabiat Buruk Atau Curang Lagi Automatik Jatuh Talak Dan Hilang Hak Penjagaan Anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Ini Minta Suami Hentikan Tabiat Buruk Atau Curang Lagi Automatik Jatuh Talak Dan Hilang Hak Penjagaan Anak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/wanita-ini-minta-suami-hentikan-tabiat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :