Khabar Malaysia

Maklumat Terkini Mengenai Malaysia

Menu
  • Artis
  • Malaysia
  • News
  • Menarik
  • Sukan
  • Informasi
  • Terkini
  • Video
Home » Khabar » Malaysia » Malaysia Today » News » Terbaru » Update » Dr Mahathir jumpa Duta EU, adakah EU akan campur tangan dalam urusan Malaysia?

Dr Mahathir jumpa Duta EU, adakah EU akan campur tangan dalam urusan Malaysia?

Isnin, 5 Februari 2018 Khabar, Malaysia, Malaysia Today, News, Terbaru, Update
Dr Mahathir jumpa Duta EU, adakah EU akan campur tangan dalam urusan Malaysia? - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Mahathir jumpa Duta EU, adakah EU akan campur tangan dalam urusan Malaysia?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir jumpa Duta EU, adakah EU akan campur tangan dalam urusan Malaysia?
link : Dr Mahathir jumpa Duta EU, adakah EU akan campur tangan dalam urusan Malaysia?

Baca juga

  • Dua sekali Guillermo sapu
  • Foto Lucu Saat Pelanggaran Terjadi
  • Awal-awal lagi suasana dah ‘panas’
  • Pemakaian Kanta Lekap Murah Risiko Buta Menanti Anda
  • Tips Hartanah 9 Apa Itu Time Sharing

Dr Mahathir jumpa Duta EU, adakah EU akan campur tangan dalam urusan Malaysia?

Dr Mahathir jumpa Duta EU, adakah EU akan campur tangan dalam urusan Malaysia?

Sejak beberapa hari lepas, kita dilaporkan tentang perjumpaan antara Dr Mahathir dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dengan 16 duta negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Disebabkan tindakan mereka ni, maka muncullah macam-macam dakwaan dan teori. Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein kata tindakan Dr Mahathir tu macam ‘cakap tak serupa bikin’.

“Masa dulu lagi teruk apabila beliau pernah menyekat duta daripada berjumpa menteri, walaupun sudah dijelaskan tidak akan ada perbincangan politik, sebaliknya hanya isu dua hala tetapi tetap dihalang.” – Datuk Seri Hishammuddin Hussein, katanya kepada BH Online.

Berkumpul semua & senyum~~~ Imej dari klxpress.com

Selain tu, ada juga yang kata tindakan pemimpin-pemimpin PH jumpa dengan duta-duta EU ni akan undang campur tangan asing serta jejaskan maruah dan kedaulatan negara. Sebelum tu, pihak PH ada kata yang perjumpaan tu sebenarnya nak minta Eropah tekan PM Najib Razak untuk laksanakan pilihan raya yang adil. 

Betul ke EU akan campur tangan dalam urusan negara kita? Jadinya, kali ni SOSCILI nak bincang sikit pasal apa dia Kesatuan Eropah (EU) ni, dan macam mana kesatuan ni berfungsi.

Eropah sedar untuk tubuhkan kesatuan lepas berperang sesama sendiri

Kesatuan Eropah (EU) adalah salah satu organisasi antarabangsa yang mempunyai 28 anggota negara. Kesemua negara ni berkongsi dasar ekonomi, sosial dan keselamatan yang sama. Tapi ia taklah muncul macam tu je, sebab kesatuan ni sebenar hanya mula diusahakan lepas tamatnya Perang Dunia Kedua (WW2).

Sebabnya, kesan dari WW2, berjuta-juta orang Eropah dah terkorban akibat berperang sesama sendiri. Jadinya, pada tahun 1948 dah diadakan Kongress Hague di Belanda yang melibatkan enam buah negara – Belgium, Belanda, Luxembourg, Jerman Barat, Itali dan Perancis. Tujuan utamanya adalah untuk kepentingan ekonomi.

Winston Churchill bagi ucapan kat Kongress Hague. Imej dari cvce.eu

Pada tahun 1951, negara-negara ni dah membentuk European Coal and Steel Community (ECSC). Akhirnya pada tahun 1958, tertubuhlah European Economic Community (EEC) yang kemudiannya dikenali sebagai Kesatuan Eropah (EU). Lepas tu banyaklah negara-negara lain sekitar Eropah yang masuk, sampailah jadi 28 buah negara sekarang ni (tapi akan jadi 27 sebab Britain akan keluar pada 2019). Kesatuan yang dulunya bertujuan untuk ekonomi, akhirnya juga menjadi kesatuan politik.

Negara-negara yang masuk EU, ikut tahun. Imej dari BBC.

Tapi korang tahu tak macam mana Kesatuan Eropah (EU) ni berfungsi?

EU ada Parlimen diorang sendiri yang akan bincang macam-macam perkara

Sebenarnya ada empat institusi yang jadi tonggak utama berjalannya EU, ia adalah – Majlis Kesatuan Eropah, Parlimen Eropah, Suruhanjaya Eropah dan Mahkamah Keadilan Eropah. Ini penerangannya untuk lebih faham:

  1. Majlis Kesatuan Eropah – Menetapkan polisi dan cadangkan undang-undang baru.
  2. Parlimen Eropah – Ahli Parlimen akan membahaskan cadangan undang-undang tersebut dan melulus atau menolak undang-undang tersebut. Ahli Parlimen ni akan dipilih untuk setiap lima tahun.
  3. Suruhanjaya Eropah – Melaksanakan keputusan Parlimen Eropah dan Majlis Kesatuan Eropah.
  4. Mahkamah Keadilan Eropah – Mentafsirkan undang-undang dan memastikan ia dilaksanakan secara saksama di setiap negara EU.

Klik imej kalau nak tengok lebih jelas. Imej dari tasc.ie

Dengan adanya kerjasama ni, ia dah menghapuskan kawalan sempadan di antara negara-negara anggota EU. Aliran keluar masuk barang pun dijalankan secara bebas (kecuali dadah dan barang-barang tertentu). Segala teknologi dan apa-apa perkara yang boleh dimanfaatkan, akan dikongsi bersama-sama di antara negara-negara EU.

Selain tu, cukai antara negara-negara EU juga diseragamkan dan semua pengamal perkhidmatan (sama ada undang-undang, perubatan, pelancongan, insuran dan perbankan) boleh beroperasi kat semua negara EU dengan bebas. Pada tahun 2004, mata wang Euro dah diperkenalkan dan digunakan oleh 19 negara EU yang dipanggil Eurozone.

Nak Euro ke Dollar? Imej dari Giphy.

Parlimen Eropah juga dah naikkan kuasa EU untuk buat perundingan atau perjanjian antarabangsa. Hal ini kemudiannya meningkatkan kuasa EU dalam kawalan sempadan, imigresen, kerjasama kehakiman dan polis.

“EU ini seperti ASEAN, ianya hanya pertubuhan yang dianggotai pelbagai negara dan hanya secara umumnya bergerak sebagai pemerhati.” – Dr Hazmi Rusli, Universiti Sains Islam Malaysia. Katanya kepada SOSCILI.

EU agak sama dengan ASEAN, tapi tak sampai ada mata wang sendiri

Bila Dr Hazmi kata EU ni sama macam ASEAN, itu bukan bermakna sama seratus peratus. Apa yang sama antara EU dan ASEAN adalah pertubuhan ni dianggotai pelbagai negara. Mungkin kita boleh tengok dulu persamaan dan perbezaan antara EU dan ASEAN.

PERSAMAAN

  1. Kedua-dua organisasi ni adalah bersifat serantau dan ditubuhkan untuk mengelakkan konflik dan ketegangan antara negara-negara serantau dengan tujuan utama kerana ekonomi.
  2. Kedua-dua organisasi ni nak promosikan keamanan.
  3. Kedua-dua organisasi ni berkongsi komitmen dalam hal hak asasi manusia. EU ada Charter of Fundamental Rights dan ASEAN ada Declaration of Human Rights.
  4. EU dan ASEAN dah buat banyak perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi dengan negara-negara lain.
  5. EU dan ASEAN selalu buat dialog politik dan ekonomi dengan rakan-rakan kongsi luar.

Ilustrasi semata-mata. Imej dari zazzle, Europa EU & CNN.

Walaupun macam tu, masih banyak perkara membezakan EU dan ASEAN. Antaranya adalah:

  1. ASEAN adalah organisasi antara kerajaan, tapi EU adalah organisasi supranasional yang mana anggotanya dah bersetuju dalam hal-hal tertentu macam perdagangan, cukai dan sebagainya.
  2. EU ada mata wang sendiri, tapi negara-negara ASEAN masih kekal dengan mata wang masing-masing.
  3. EU ada Parlimen sendiri, tapi ASEAN takde.
  4. EU ada sekretariat yang cukup berkuasa iaitu Suruhanjaya Eropah, tapi ASEAN punya sekretariat kecil je dan agak lemah.
  5. Segala keputusan ASEAN dibuat secara konsensus (persetujuan bersama), tapi EU buat keputusan dengan undian.

Klik imej kalau nak tengok lebih jelas. Imej dari BBC.

Dalam kes mata wang, sebenarnya ASEAN sebelum ni takde pun apa-apa cadangan nak buat mata wang yang seragam. Tapi lepas jadinya Krisis Kewangan Asia 1997, ASEAN bersama-sama dengan China, Jepun dan Korea Selatan ada buat inisiatif yang dipanggil sebagai Inisiatif Chiang Mai. Projek ni dah bawa 13 Menteri Kewangan dan gabenor-gabenor bank berbincang sama-sama dalam menggalakkan kerjasama kewangan yang lebih besar.

Kalau nak tahu macam mana Malaysia dapat keluar dari Krisis Kewangan Asia dulu, boleh klik imej ni untuk baca artikel.

Itulah sedikit sebanyak persamaan dan perbezaan antara EU dan ASEAN. Tapi macam mana pulak dengan dakwaan yang kata pertemuan Dr Mahathir dengan duta-duta EU ni akan undang campur tangan asing dalam urusan negara?

EU tak akan masuk campur dalam urusan hal ehwal Malaysia

Disebabkan banyak dakwaan yang kaitkan pertemuan Dr Mahathir dengan duta-duta EU ni akan undang campur tangan dalam negara. Kitorang pun rasa terpanggil nak tahu jugak, betul ke dakwaan ni? Tapi bila kitorang tanya pada pakar, jawapan mereka nampaknya lain dari apa yang didakwa.

Menurut Geostrategis – Azmi Hassan, kalau nak dibandingkan dengan Amerika Syarikat (AS), penglibatan EU dalam mempengaruhi politik tempatan negara lain adalah sangat sedikit dan jarang sekali berlaku. Sebabnya, Parlimen EU ni sebenarnya susah sangat nak setuju secara majoriti dengan keputusan atau cadangan untuk campur tangan.

“Apabila PH kata hendak guna EU sebagai tekanan kepada Najib, itu hanyalah percaturan persepsi kerana tidak mungkin EU akan campur tangan urusan domestik Malaysia.” – Azmi Hassan, katanya kepada SOSCILI.

Hanya mainan minda~~~ Imej dari Giphy.

Perkara ni juga diakui oleh Dr Hazmi Rusli, pensyarah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

“EU tidak boleh melakukan apa-apa, melainkan hanya jadi pemerhati. Pilihanraya adalah hal dalaman negara kita dan tak boleh dicampuri oleh mana-mana negara sekalipun.” – Dr Hazmi Rusli, katanya kepada SOSCILI.

Menurut Azmi Hassan lagi, kalau nak ditinjau dari pilihan raya – pilihan raya sebelum ni, jarang sekali EU mengkritik sistem demokrasi Malaysia. Manakala menurut Dr Hazmi pula, beliau yakin yang EU akan dengar cerita dari kedua-dua pihak dan buat penilaian dengan bijak. 

“Sebagai negara anggota PBB sejak 1957, kedaulatan Malaysia adalah mutlak. Masakan pilihan raya Korea Utara yang sememangnya tak adil – kerana dalam senarai calon hanya ada Kim Jong Un sahaja sebagai calon pun negara-negara lain tak boleh campur tangan, apa lagi Malaysia.” – Dr Hazmi Rusli, katanya kepada SOSCILI.

Anda ada dua pilihan: undi Jong Un atau undi Jong Un. Imej asal dari economist.com

Sebenarnya, kalau kita tengok EU sekarang ni pun, kita boleh nampak yang EU tak masuk campur dalam mana-mana urusan negara lain. Waima negara-negara dalam Eropah sekali pun. Contohnya macam isu Catalonia yang nak keluar dari Sepanyol. EU dalam reaksinya ada kata yang diorang tak akan jadi ‘orang tengah’ dalam krisis ni dan anggap apa yang berlaku tu cuma isu dalaman Sepanyol.

“Itu (krisis Catalonia) bukan agenda kami. Setiap daripada kita mempunyai emosi, pendapat dan penilaian tersendiri… Namun, bercakap mengenai perkara itu secara rasmi, jelas tiada ruang untuk campur tangan daripada EU.” – Donald Tusk,  Presiden Maj­lis Eropah. Dipetik dari Reuters.

Oktober tahun lepas, Catalonia isytihar kemerdekaan diorang dari Sepanyol. Imej dari almanar.com

Dalam isu krisis Ukraine pulak, dakwaan yang kata ia berpunca dari EU pun masih lagi boleh dipersoalkan.

“…sebenarnya peranan Department of State US di bawah Victoria Nuland adalah lebih tepat kerana bukti transkrip perbualan bagaimana dana masuk untuk bantu gerakan kanan ekstrem seperti Pravy sektor untuk mengapikan isu Revolusi Maydan.” – Wan Ahmad Fayhsal, dipetik dari Facebooknya.

Dasar tak campur tangan EU ni juga boleh kita kaitkan dengan dasar tak campur tangan ASEAN. Sebabnya, walaupun banyak negara ASEAN kutuk tindakan Myanmar terhadap etnik Rohingya, tapi sampai sekarang tak ada apa-apa tindakan yang ASEAN buat.

Pelakon yang pernah bawa watak Aung San Suu Kyi – Michelle Yeoh pergi ke Bangladesh dalam misi kemanusiaan untuk pelarian Rohingya kat sana. Imej dari The Star.

Malah Pengerusi ASEAN pernah kata yang menteri-menteri luar kesatuan tu sedia sokong kerajaan Myanmar dalam usaha untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan, tanpa sentuh apa-apa isu pasal Rohingya. Walaupun begitu, Malaysia tak setuju dengan kenyataan ni dan ambil pendekatan ‘memisahkan diri’.

Jadi, kita nampaknya tak payah risau pasal campur tangan EU seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak. Sebabnya, dah terbukti yang Malaysia ni adalah negara yang merdeka dan berdaulat. Takde sesiapa ada hak nak buat kacau.

“Sebagaimana EU cuba menyelesaikan kemelut Ukraine sama juga bagaimana ASEAN sampai sekarang tidak berhasil menyelesaikan masalah Rohingya.

Sebab utama campur tangan tidak mungkin berlaku adalah kerana taraf kedaulatan tiap-tiap negara di dunia ini yang menjadi anggota PBB – melainkan kalau berlakunya peperangan seperti apa yang AS lakukan kepada Afghanistan dan Iraq.” – Dr Hazmi Rusli, katanya kepada SOSCILI.

Kita serupa~~~~ Imej dari Giphy.

Walaupun begitu, pertemuan PH dengan duta-duta EU ni, sikit sebanyak akan untungkan Barisan Nasional (BN)

Untungkan BN? Macam mana pulak tu? Bukan ke PH yang minta EU tekan PM Najib? Takpe kitorang jawab satu-satu. Antara isu utamanya adalah pertemuan PH dan EU ni dah pun diperbesarkan oleh kedua-dua pihak sama ada dari BN ataupun PH.

Tapi kita jugak kena ingat, yang sekarang ni Malaysia berdepan dengan tindakan EU yang mengharamkan minyak sawit. Hal ni sedikit sebanyak akan jejaskan jualan minyak sawit dan ekonomi kita. Disebabkan perkara ni, pihak BN boleh kata yang tindakan PH bertemu dengan duta-duta EU tu sebagai tak sensitif dengan keadaan yang dihadapi oleh pengusaha-pegusaha sawit dan ekonomi negara.

“Saya berpendapat PH tersilap langkah dalam hal ini kerana BN boleh tuduh PH sekongkol dengan EU untuk boikot sawit yang akan menjejaskan lebih dari 600,000 peneroka.” – Azmi Hassan, Geostrategis. Katanya kepada SOSCILI.

Antara kempen yang dilakukan untuk mengharamkan minyak sawit. Imej dari rainforestfoundation.org

Kesimpulannya menurut Dr Hazmi, pertemuan Dr Mahathir (dan PH) dengan duta-duta EU ni taklah salah dan bukannya satu perkara yang luar biasa. Tapi jika ada tuduhan tertentu macam pilihan raya tak adil dan sebagainya, ia kenalah didatangkan dengan bukti.

“… sekiranya Tun M mula memburuk-burukkan negara dengan mengatakan pilihan raya tidak adil, beliau perlu datangkan bukti menyokong kenyataan itu. Sekiranya PRU tidak adil, masakan Pakatan boleh menang di Pulau Pinang, Kelantan (dahulu Pakatan sekarang PAS) dan juga di Selangor?” – Dr Hazmi Rusli, katanya kepada SOSCILI.

Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dr Mahathir jumpa Duta EU, adakah EU akan campur tangan dalam urusan Malaysia?

Sekianlah artikel Dr Mahathir jumpa Duta EU, adakah EU akan campur tangan dalam urusan Malaysia? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir jumpa Duta EU, adakah EU akan campur tangan dalam urusan Malaysia? dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/dr-mahathir-jumpa-duta-eu-adakah-eu.html
Tweet

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Abang Cepat Balik Tengok Anak Perut Terburai Keluar Darah KanakKanak Lelaki Cedera Parah Selepas Terjatuh Dalam Bilik Air Dan Terkena Serpihan Sinki Pecah Ketika Sedang Mandi Dua orang kanak-kanak lelaki dilaporkan cedera parah selepas terjatuh dalam bilik air dan terkena serpihan sinki pecah ketika sedang mandi … Read More...
  • "Abang Cepat Balik Tengok Anak, Perut Terburai Keluar Darah," Kanak-Kanak Lelaki Cedera Parah Selepas Terjatuh Dalam Bilik Air Dan Terkena Serpihan Sinki Pecah Ketika Sedang Mandi.. Dua orang kanak-kanak lelaki dilaporkan cedera parah selepas terjatuh dalam bilik air dan terkena serpihan sinki pecah ketika sedang mandi … Read More...
  • Tolong Bagitahu Ustaz Muntaha Ni Aku Minta Maaf Sangat Kat Dia Aku Yang Menyebabkan Hidup Dia Macam Tu Aku Guna Sihir Pemisah Pada Dia Kerana Aku Dengki Sangat Pada Dia Sihir pemisah adalah sihir yang digunakan bertujuan untuk memisahkan diantara pasangan suami dan isteri. Walaupun mungkin digunakan atas … Read More...
  • Pemilihan Semula, Buktikan Tak Sembunyi SesuatuKUALA LUMPUR – DAP perlu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) seperti yang diputuskan Jabat… Read More...
  • "Tolong Bagitahu Ustaz Muntaha Ni, Aku Minta Maaf Sangat Kat Dia, Aku Yang Menyebabkan Hidup Dia Macam Tu, Aku Guna Sihir Pemisah Pada Dia Kerana Aku Dengki Sangat Pada Dia".. Sihir pemisah adalah sihir yang digunakan bertujuan untuk memisahkan diantara pasangan suami dan isteri. Walaupun mungkin digunakan atas al… Read More...
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
  • Catatan Popular
  • Arkib
  • Label

Catatan Popular

  • Ramai Yang Tidak Tahu Gelaran Adik Beradik Yang Betul. Rasa Betul Panggilan Gelaran Korang? Sila Share Supaya Tidak Hilang Dek Zaman
  • Aku Jilat, Kau Akan Rasa Sedap - Remaja 12 Tahun Dedah Kisah Seks Bebas Melalui WeChat Sehingga Mengandung
  • Kisah Nazel Dan Ustazah Roslina
  • ‘Ira Kaza Kembali Dengan ‘Gelek’ Terbaru? Tak Serik Lagi Ke Minah Ni..’ – Natizen
  • Ajal Tan Sri Meninggal Di Kubur Ibu
  • Pelakon baru yang cantik.. (12 gambar)
  • 35 Ayat Pick Up Line Untuk Mengorat Si Dia Cia Cia Cia
  • Petanda 100 Hari Sebelum Mati Saya Dah Rasa Ustaz Ahmad Rizam Ghazali
  • Raja Bhumibol Adulyadej: Perintahkan supaya Al-Quran diterjemah dalam Bahasa Thailand
  • Sebarkan..Dua Cara Mudah Bezakan Belalang Pelesit (JIN) dengan Belalang Biasa

Arkib

Label

Khabar Malaysia Malaysia Today News Terbaru Update

Khabar Terbaru

  • Tips Hartanah 9 Apa Itu Time Sharing
  • Dua sekali Guillermo sapu
  • Foto Lucu Saat Pelanggaran Terjadi
  • Awal-awal lagi suasana dah ‘panas’
  • Pemakaian Kanta Lekap Murah Risiko Buta Menanti Anda
  • Ada satu spesies haiwan kat Malaysia ni semakin pupus sebab tak nak mengawan
  • Suhu badan belum stabil
  • Bantuan Kewangan Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  • Dynas ketua gangster
  • Koleksi Gambar Kenangan Manis Najib Dan Rosmah Mansor Semasa Muda..Anda Pasti Tak Pernah Lihat Gambar Ini
  • Kentang Lecek Pekatkan Sup
  • Asalkan bukan suami orang
  • Miss Azwar Syuhada Turns 24
  • Dan inilah saat terakhir kita bersama di dunia…
  • Video Kos Hospital Di Malaysia Membebankan Rakyat
  • Niena, suami impi tunai haji
  • Motivation Week Challenge Day 1 Who You Are
  • Saya ayahnya, biarlah saya yang bersihkan: Datuk Fazley
  • Konon terjumpa bayi, rupanya bayinya sendiri
  • Reaksi Fazura Bila Jumpa Kawan Baik Perempuan Fattah Amin Memang Cantik Orangnya
  • Bagi saya rezeki itu perlu dikongsi: Mark Adam
  • Nak Jadi Usahawan Blog
  • Farid Kamil ditegur buat sidang media
  • Beza Antara Kim Dengan Choi
  • ‘Penulis blog jatuhkan reputasi saya’
  • Rakyat Sarawak Tunggu Umum Pengambilan Hak Hak
  • Apa sudah jadi dengan kita?
  • Frozen Castle Cake How To Cake Decorating
  • Tak Fasal-fasal Dilabel “Si Tua Sendu Cari Publisiti Murahan”
  • ‘Jangan Riak Depan Kaabah!’- Datuk Seri Vida Ditegur Tunjuk Segala Depan Kaabah!
Copyright 2016 Khabar Malaysia
Powered by Blogger.com