Wani, Pelanggan Sabun Cuci Gadis Istimewa Di Hati Syed Ali Kini

Wani, Pelanggan Sabun Cuci Gadis Istimewa Di Hati Syed Ali Kini - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wani, Pelanggan Sabun Cuci Gadis Istimewa Di Hati Syed Ali Kini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wani, Pelanggan Sabun Cuci Gadis Istimewa Di Hati Syed Ali Kini
link : Wani, Pelanggan Sabun Cuci Gadis Istimewa Di Hati Syed Ali Kini

Baca juga


Wani, Pelanggan Sabun Cuci Gadis Istimewa Di Hati Syed Ali Kini

Wani, Pelanggan Sabun Cuci Gadis Istimewa Di Hati Syed Ali Kini

Pelakon Syed Ali kini sedang mengenali hati budi seorang gadis bernama Wani yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan.

Perkenalan dengan gadis yang berusia 25 tahun itu bermula atas urusan bisnes sabun cuci yang diusahakan oleh Syed Ali.

“Wani merupakan antara pelanggan sabun pencuci pakaian jenama Be Fresh yang diusahakan oleh saya.

“Bermula atas dasar urusan bisnes, saya kini sedang mengenali hati budi Wani. Saya baru sahaja mengenali Wani tetapi apa yang boleh saya katakan, saya selesa dengan Wani dan dia istimewa di hati saya,” kata Syed Ali kepada Astro Gempak.

Pemilik nama penuh Syed Ali Syed Mokhtar, 30, ini terpikat dengan sifat Wani yang tidak banyak kerenah.

“Wani seorang wanita yang ‘simple’. Saya senang berkawan dengan dirinya. Saya juga ada perancangan untuk membawa hubungan kami ke tahap yang lebih serius.

“Pada sambutan Syawal tempoh hari, saya berkesempatan berkunjung ke rumah Wani untuk bertemu dengan keluarganya. Saya memohon doa agar segalanya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di majlis sesi ramah mesra serta tayangan khas filem Kerja Kahwin baru-baru ini.

Beraksi dalam filem tersebut, Ali dapat mengimbas memori melakukan persiapan perkahwinan abangnya yang dilakukan secara tradisional.

“Dewasa kini, jarang kita temui majlis perkahwinan yang melakukan persiapan satu persatu secara tradisional. Orang kita lebih gemar mengupah perancang perkahwinan dan menyerahkan segala urusan kepada pihak tersebut.

“Filem Kerja Kahwin menonjolkan persiapan untuk mengadakan kenduri satu demi satu secara bergotong royong. Sedikit sebanyak, saya mengimbas memori ketika melakukan persiapan perkahwinan abang saya dahulu yang dilakukan beramai-ramai. Pengalaman tersebut agak memenatkan tetapi manis untuk dikenang,” katanya lagi.

Filem Kerja Kahwin berkisarkan mengenai Farah (Janna Nick) yang sedang melakukan persiapan untuk melangsungkan perkahwinan. Menariknya, semua persediaan dilakukan secara tradisional.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem Kerja Kahwin lakonan Janna Nick, Datuk Rosnani Jamil, Shaharuddin Thamby, Syed Ali dan ramai lagi di pawagam bermula 20 Julai ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: Astro Gempak
Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Wani, Pelanggan Sabun Cuci Gadis Istimewa Di Hati Syed Ali Kini

Sekianlah artikel Wani, Pelanggan Sabun Cuci Gadis Istimewa Di Hati Syed Ali Kini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wani, Pelanggan Sabun Cuci Gadis Istimewa Di Hati Syed Ali Kini dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/wani-pelanggan-sabun-cuci-gadis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :