Judul : [UPDATE] Cam kasut, tali pinggang abang
link : [UPDATE] Cam kasut, tali pinggang abang
[UPDATE] Cam kasut, tali pinggang abang
“KETIKA membuat pengecaman, kasut dan tali pinggang sahaja yang mengesahkan itu adalah mayat abang saya kerana keadaannya amat ngeri,” kata Salmah Jujani, 50, adik kepada seorang mangsa kemalangan di Jalan Lahad Datu-Tungku, Lahad Datu, hari ini.
Dalam kejadian 5.40 pagi itu, selain abangnya Muhamad Jujani, 67, tiga lagi mangsa termasuk pemandu van meninggal dunia di lokasi kejadian.
Difahamkan, mereka dalam perjalanan menuju ke pusat bandar berkenaan.
Salmah berkata, dia dan keluarga terdekat segera ke Hospital Lahad Datu sebaik dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpah abangnya itu.
"Ketika itu, saya berada di rumah sedang keringkan ikan... tiba-tiba keluarga memaklumkan abang saya terbabit dalam kemalangan.
"Tanpa berlengah, kami terus ke hospital dan ketika membuat pengecaman di bilik mayat, saya tidak dapat pasti yang mana satu Muhamad (abang).
"Namun selepas kami melihat kasut dan tali pinggang yang dipakai seorang mangsa... itulah abang saya," katanya ketika ditemui di luar bilik mayat Hospital Lahad Datu.
Sementara itu, keadaan di luar bilik mayat hospital berkenaan turut diselubungi tangisan ahli keluarga Muhamad dan beberapa ahli keluarga tiga mangsa yang lain.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel [UPDATE] Cam kasut, tali pinggang abang
Anda sekarang membaca artikel [UPDATE] Cam kasut, tali pinggang abang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/update-cam-kasut-tali-pinggang-abang.html