Wow Syamel Terpilih Mewakili Malaysia Di ABU TV Song Festival, China

Wow Syamel Terpilih Mewakili Malaysia Di ABU TV Song Festival, China - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wow Syamel Terpilih Mewakili Malaysia Di ABU TV Song Festival, China, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wow Syamel Terpilih Mewakili Malaysia Di ABU TV Song Festival, China
link : Wow Syamel Terpilih Mewakili Malaysia Di ABU TV Song Festival, China

Baca juga


Wow Syamel Terpilih Mewakili Malaysia Di ABU TV Song Festival, China

Tahniah diucapkan kepada penyanyi yang memiliki lontaran vokal yang sangat padu, Syamel AF kerana terpilih untuk mewakili negara pada acara ABU TV Song Festival di China pada 1 November nanti.

Menerusi satu sumber, Syamel berkata dia sangat teruja kerana terpilih untuk mewakili negara dan akan berkongsi pentas dengan wakil negara Asia Pasifik yang lain di Festival tersebut.

“Apabila diberitahu saya terpilih mewakili Malaysia, memang perasaan sangat teruja dan terharu dengan kepercayaan yang diberikan itu.

“Memang berdebar juga, tapi saya sudah sedia untuk menunjukkan kemampuan sebenar. Saya berharap dapat membanggakan Malaysia,” katanya.

Syamel memberitahu lagi tentang persiapannya untuk festival itu dan dia akan menyanyikan lagunya yang bertajuk Lebih sempurna.

Tambah penyanyi yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia 2015 ini lagi, dia akan membuat sedikit perubahan pada persembahannya nanti.

“Disebabkan ia berlangsung di China, saya mungkin akan menukar sedikit lirik kepada bahasa Mandarin.

“Saya akan berada di sana selama seminggu, jadi saya tidak mahu lepaskan peluang untuk mencari ruang mengembangkan nama saya. Saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu, manalah tahu selepas ini dapat menembusi pasaran antarabangsa pula,” katanya.

Sumber memberitahu lagi, festival ini juga bakal menampilkan peserta daripada Afghanistan, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Macau, Maldives, Vietnam, Zambia, Kazakhstan, dan Turkmenistan.

Sekali lagi kami di Kakigosip mengucapkan tahniah buat Syamel yang terpilih untuk berkongsi pentas bersama penyanyi-penyanyi hebat dari negara lain.

Tidak dapat dinafikan kelunakan suara yang dimiliki oleh Syamel telah membuat ramai yang terpaku mendengar nyanyiannya.

The post Wow Syamel Terpilih Mewakili Malaysia Di ABU TV Song Festival, China appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Wow Syamel Terpilih Mewakili Malaysia Di ABU TV Song Festival, China

Sekianlah artikel Wow Syamel Terpilih Mewakili Malaysia Di ABU TV Song Festival, China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wow Syamel Terpilih Mewakili Malaysia Di ABU TV Song Festival, China dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/wow-syamel-terpilih-mewakili-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates: