Judul : Uncle Sam suku akhir
link : Uncle Sam suku akhir
Uncle Sam suku akhir
Los Angeles: Amerika Syarikat terselamat daripada kegagalan dua sepakan penalti sebelum menewaskan Nicaragua 3-0 di Cleveland semalam, sekali gus layak ke suku akhir Piala Emas sebagai juara Kumpulan B.
Jaringan Joe Corona, Kelyn Rowe dan Matt Miazga membantu AS mengatasi Nicaragua.
Anak buah Bruce Arena hadir pada perlawanan itu memerlukan kemenangan tiga gol untuk mengungguli kumpulan selepas Panama menang 3-0 ke atas Martinique pada perlawanan terdahulu.
Buat seketika mereka dilihat tidak mampu muncul juara kumpualn, namun tandukan pertahanan Chelsea, Miazga pada minit ke-88 membantu AS mengelakkan pertembungan suku akhir sukar menentang Costa Rica.
“Saya fikir anda mungkin menyatakan kami mensia-siakan beberapa peluang dan ia menjadikan tugas kami lebih sukar,” kata Arena, yang menukar semua kesebelasan utama yang menundukkan pasukan kerdil Martinique, Khamis lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Uncle Sam suku akhir
Anda sekarang membaca artikel Uncle Sam suku akhir dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/uncle-sam-suku-akhir.html