Ulat tiket ditahan halang penguat kuasa SPAD

Ulat tiket ditahan halang penguat kuasa SPAD - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ulat tiket ditahan halang penguat kuasa SPAD, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ulat tiket ditahan halang penguat kuasa SPAD
link : Ulat tiket ditahan halang penguat kuasa SPAD

Baca juga


Ulat tiket ditahan halang penguat kuasa SPAD

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dipercayai ulat tiket ditahan kerana menghalang anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjalankan operasi di Terminal Bas Sungai Nibong, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam, sepasukan penguat kuasa SPAD yang menjalankan Operasi Parasit di terminal berkenaan dihalang lelaki berusia 25 tahun itu.

"SPAD menjalankan operasi membanteras geng ulat tiket di terminal itu dan tiba-tiba lelaki berkenaan yang dipercayai ulat tiket di situ, bertindak menghalang mereka," katanya di sini hari ini.

Katanya lelaki itu dikatakan bertindak sedemikian selepas berang kerana penguat kuasa SPAD cuba menahan beberapa ulat tiket yang beroperasi di situ.

Beliau berkata suspek itu turut membuat laporan polis mendakwa dipukul penguat kuasa SPAD bagaimanapun berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian tersebut tidak berlaku.

Anuar berkata lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Insiden itu turut menyebabkan berlaku kekecohan di Terminal Bas Sungai Nibong sehingga memaksa polis membuat pemantauan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan dua lelaki berusia 30 dan 57 tahun kerana terlibat dalam aktiviti mencuri motosikal di sekitar daerah berkenaan dalam serbuan berasingan semalam dan Khamis.

Katanya susulan penahanan mereka, polis merampas beberapa komponen motosikal yang telah dileraikan, rangka kenderaan itu serta dua motosikal yang dilaporkan dicuri sebelum ini.

"Modus operandi mereka ialah mencuri motosikal yang diletakkan di tempat parkir pasar raya sebelum meleraikan komponennya dan menjual dengan harga murah," katanya.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ulat tiket ditahan halang penguat kuasa SPAD

Sekianlah artikel Ulat tiket ditahan halang penguat kuasa SPAD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ulat tiket ditahan halang penguat kuasa SPAD dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/ulat-tiket-ditahan-halang-penguat-kuasa_29.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :