George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya

George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya
link : George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya

Baca juga


George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya

LOS ANGELES: Pelakon antarabangsa, George Clooney berikrar akan melakukan apa sahaja demi mengheret sebuah penerbitan Perancis ke muka pengadilan.

Ia berikutan tindakan majalah bernama Voici itu menyiarkan beberapa keping foto anak kembarnya tanpa izin.

Menurut bintang Ocean's Eleven itu, jurugambar dari majalah berkenaan 'memanjat pagar dan pokok dan mengambil gambar bayi-bayi kami di dalam rumah'.

Dalam satu kenyataan, Clooney berkata, jurugambar dan sidang pengarang majalah itu akan didakwa tanpa belas kasihan demi keselamatan anak-anaknya.

Clooney dan isterinya, Amal, mengumumkan kelahiran bayi kembar mereka yang dinamakan Alexander dan Ella, pada Jun, tetapi tidak mengedarkan gambar mereka untuk tatapan umum.

Voici pada Jumaat menerbitkan gambar Amal dan Clooney, berpakaian renang, sambil mendukung bayi-bayi mereka. Gambar itu dikatakan diambil di vila mereka di Lake Como, Itali.

Majalah berkenaan belum memberi sebarang respons tentang kenyataan Clooney itu.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya

Sekianlah artikel George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/george-clooney-mahu-bertindak-ke-atas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :