Tindakan Tegas Terhadap Peneroka Hutan Secara Haram

Tindakan Tegas Terhadap Peneroka Hutan Secara Haram - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan Tegas Terhadap Peneroka Hutan Secara Haram, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan Tegas Terhadap Peneroka Hutan Secara Haram
link : Tindakan Tegas Terhadap Peneroka Hutan Secara Haram

Baca juga


Tindakan Tegas Terhadap Peneroka Hutan Secara Haram

MELAKA – Tindakan tegas undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan penerokaan hutan secara haram di Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata pihaknya memandang serius tentang tiga laporan pencerobohan hutan di negeri ini dan melakukan pemantauan rapi bagi mengelak berlakunya hakisan tanah dan sungai tercemar akibat pencerobohan itu.

Tanpa menyatakan secara terperinci mengenai laporan itu, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa bertindak proaktif dengan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pencerobohan hutan di seluruh negeri ini.

“Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pihak tidak bertanggungjawab itu didapati bersalah. Kerajaan negeri sentiasa menjalin kerjasama erat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memastikan tiada unsur penyelewengan berlaku.

“Justeru itu, kerajaan negeri mengarahkan supaya semua aktiviti ekonomi dalam hutan dihentikan sementara termasuk perlombongan pasir selain menerima taklimat daripada Jabatan Perhutanan Melaka berkaitan kegiatan pencerobohan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri anjuran Mahkamah Syariah Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Othman Muhamad dan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Melaka Datuk Mohd Radzi Abd Latif.

Sementara itu, Idris meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri supaya sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuaca yang tidak menentu di negeri ini.

“Kita aktifkan jawatankuasa ini untuk memantau kawasan-kawasan berisiko terutamanya membabitkan banjir agar tindakan segera boleh dilaksanakan sekiranya berlaku bencana.

“Kita juga mengaturkan tempat-tempat berisiko yang sering dilanda bencana supaya agensi berkaitan dapat turun serta melihat keperluan serta persediaan bagi mengelak bencana itu daripada terus berulang,” katanya.

Dalam ucapannya, Idris berkata Mahkamah Syariah Melaka telah mengalami proses transformasi termasuk kemudahan fizikal, penyediaan alasan kehakiman bermutu, hakim yang berwibawa serta pengurusan pentadbiran yang cekap dan berkesan. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tindakan Tegas Terhadap Peneroka Hutan Secara Haram

Sekianlah artikel Tindakan Tegas Terhadap Peneroka Hutan Secara Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan Tegas Terhadap Peneroka Hutan Secara Haram dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tindakan-tegas-terhadap-peneroka-hutan_13.html

Subscribe to receive free email updates: