Arab Saudi Tunggu Keputusan Mahkamah Sebelum Bayar Pampasan

Arab Saudi Tunggu Keputusan Mahkamah Sebelum Bayar Pampasan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Arab Saudi Tunggu Keputusan Mahkamah Sebelum Bayar Pampasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Arab Saudi Tunggu Keputusan Mahkamah Sebelum Bayar Pampasan
link : Arab Saudi Tunggu Keputusan Mahkamah Sebelum Bayar Pampasan

Baca juga


Arab Saudi Tunggu Keputusan Mahkamah Sebelum Bayar Pampasan

PASIR PUTEH – Kerajaan Arab Saudi sedang menunggu keputusan mahkamah berhubung tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 11 Sept 2015 sebelum membuat pembayaran pampasan kepada mangsa, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata keputusan mahkamah itu akan menentukan kuantum pampasan yang perlu dibayar serta kaedah pembayaran.

“Saya dapat maklumat ini ketika berada di sana baru-baru ini. Saya baru pulang dua minggu lepas dari sana,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh, di sini hari ini.

Dalam tragedi itu, warga Malaysia adalah antara lebih 100 jemaah haji yang terkorban manakala beratus lagi cedera.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata kerajaan sentiasa berhubung rapat dengan kerajaan Arab Saudi mengenai perkara itu dan berharap keluarga serta waris mangsa yang terkorban dan cedera bersabar.

Mengenai urusan ibadah haji tahun ini, beliau berkata Lembaga Tabung Haji (TH) sudah bersedia untuk menghantar 30,200 jemaah haji Malaysia ke tanah suci bermula hujung bulan ini.

Beliau berharap jemaah yang terpilih dapat mengekalkan imej terbaik negara iaitu sentiasa berdisiplin ketika menunaikan ibadah tersebut.

“Malaysia adalah model bagi negara-negara Islam lain dan imej itu perlu dikekalkan dengan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh petugas TH,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Arab Saudi Tunggu Keputusan Mahkamah Sebelum Bayar Pampasan

Sekianlah artikel Arab Saudi Tunggu Keputusan Mahkamah Sebelum Bayar Pampasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Arab Saudi Tunggu Keputusan Mahkamah Sebelum Bayar Pampasan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/arab-saudi-tunggu-keputusan-mahkamah_13.html

Subscribe to receive free email updates: