Tanah Wakaf: Bekas Pengerusi Masjid Didakwa Tipu

Tanah Wakaf: Bekas Pengerusi Masjid Didakwa Tipu - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanah Wakaf: Bekas Pengerusi Masjid Didakwa Tipu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanah Wakaf: Bekas Pengerusi Masjid Didakwa Tipu
link : Tanah Wakaf: Bekas Pengerusi Masjid Didakwa Tipu

Baca juga


Tanah Wakaf: Bekas Pengerusi Masjid Didakwa Tipu

MELAKA – Bekas pengerusi Masjid Al-Hamideen, Bukit Cina, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini hari ini, atas pertuduhan menipu ahli lembaga masjid itu berhubung urusan jual beli tanah wakaf milik masjid berkenaan, hampir 12 tahun lepas.

Moktar Ali, 61, didakwa menipu ahli lembaga masjid itu dengan memperdayakan mereka supaya bersetuju untuk menjual tanah milik masjid tersebut kepada seorang individu, Yong Lang Yeow, 66, dengan nilai berjumlah RM140,000.

Moktar didakwa menipu ahli lembaga dengan menyatakan masjid berkenaan mengalami masalah kewangan yang serius dan menanggung beban hutang cukai tanah yang tinggi, sehingga mendorong mereka bersetuju menjual tanah tersebut, sedangkan masjid itu mempunyai dana yang mencukupi.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di Masjid Al-Hamideen, KM1, Kampung Bukit Cina, di sini antara Dis 2005 dan Jan 2006.

Dia didakwa  mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Laila Mohamed Nazil menawarkan wang jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Namun, peguam Sulaiman Harmain Shah, yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah mengurangkan jaminan sehingga RM5,000 atas alasan anak guamnnya yang berkhidmat sebagai pegawai serata di Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu menanggung isteri dan anak yang masih bersekolah.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan Moktar diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tanah Wakaf: Bekas Pengerusi Masjid Didakwa Tipu

Sekianlah artikel Tanah Wakaf: Bekas Pengerusi Masjid Didakwa Tipu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanah Wakaf: Bekas Pengerusi Masjid Didakwa Tipu dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tanah-wakaf-bekas-pengerusi-masjid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :