Judul : PDRM Bakal Wujud Jabatan Antikeganasan – TPM
link : PDRM Bakal Wujud Jabatan Antikeganasan – TPM
PDRM Bakal Wujud Jabatan Antikeganasan – TPM
BATU PAHAT – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Unit Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal dinaik taraf kepada Jabatan Antikeganasan.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, jabatan itu nanti yang sebelum ini yang diletakkan di bawah Cawangan Khas, merupakan entiti berbeza dan lebih fokus kepada peranan untuk menangani kegiatan keganasan.
“Personaliti yang akan dilantik (untuk menerajuinya) jika diluluskan dalam mesyuarat Suruhanjaya PDRM dan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong serta nasihat Perdana Menteri, maka pengesahan akan dilakukan atau sebaliknya,”
“Kita wujudkan Jabatan Antikeganasan kerana kita tahu ancaman keganasan bukan semakin berleluasa di rantau ini tapi kita mahu kukuhkan dan membesarkan keanggotaan Unit Anti Keganasan dengan naik taraf ini,” katanya.
Ahmad Zahid yang merupakan Naib Presiden UMNO berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan, di sini pada Jumaat.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel PDRM Bakal Wujud Jabatan Antikeganasan – TPM
Anda sekarang membaca artikel PDRM Bakal Wujud Jabatan Antikeganasan – TPM dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pdrm-bakal-wujud-jabatan-antikeganasan.html