Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk

Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk
link : Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk

Baca juga


Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk

KUALA LUMPUR – Penduduk Flat Midah Ria, Taman Midah Cheras, di sini cemas selepas dikejutkan dengan kejadian tanah mendap berhampiran parkir blok kediaman mereka awal pagi ini. 

Kejadian pada kira-kira 5 pagi itu turut mengakibatkan dua buah kereta yang diparkir jatuh ke dalam longkang besar yang terletak hampir 100 meter dari blok kediaman itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 6.45 pagi dan tiba di lokasi kejadian 15 minit selepas itu.

“Hasil tinjauan mendapati saliran air pecah dalam tanah mengakibatkan tanah mendap dan terhakis. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.

Pemilik kenderaan Wan Fatimah Wan Long, 28, berkata beliau terperanjat melihat kereta Honda Jazz miliknya berada dalam longkang selepas menerima panggilan telefon daripada pengawal keselamatan kira-kira 5.30 pagi tadi.

Jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata ketika kejadian terdapat kira-kira lima kenderaan diletakkan di tempat parkir itu bagaimanapun tiga daripadanya tidak terjejas dan sempat dialihkan, manakala sebuah lagi kereta rosak di bahagian belakang dan bawah.

“Saya terima panggilan daripada pengawal keselamatan dan  rakan juga telefon suruh saya turun tengok keadaan kereta. Bila saya turun kereta memang sudah teruk,” katanya yang menambah ia merupakan kejadian kedua berlaku sepanjang 12 tahun beliau menetap di flat berkenaan. – BERNAMA


 

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk

Sekianlah artikel Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tanah-mendap-di-cheras-2-kereta-rosak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :