Kisah Rapper Singapura Buka Kedai Burger Halal Dan TMJ

Kisah Rapper Singapura Buka Kedai Burger Halal Dan TMJ - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah Rapper Singapura Buka Kedai Burger Halal Dan TMJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah Rapper Singapura Buka Kedai Burger Halal Dan TMJ
link : Kisah Rapper Singapura Buka Kedai Burger Halal Dan TMJ

Baca juga


Kisah Rapper Singapura Buka Kedai Burger Halal Dan TMJ

SINGAPURA – Pelaburan rapper Melayu terkenal Singapura, Sheikh Haikel Sheikh Salim Bajrai membuka restoran burger halal yang bernama FatPapas di sini nampaknya kini cukup berbaloi.

Beliau malah mengambil langkah untuk buka sebuah lagi cawangan – kali ini di Joo Chiat Road, Katong. Ia dicapai hanya dalam masa beberapa bulan sahaja setelah restoran pertama dilancarkan di Bali Lane dekat Masjid Sultan.

Jika dilihat dari sudut perniagaan, ini adalah satu pencapaian yang luar biasa. Cawangan kedua itu dibuka pada 1 Julai. Sebelum ini, suami kepada aktres Anna Belle Francis itu membuka cawangan pertama pada 10 Februari 2017.

Restoran Fatpapas nampaknya bukan sahaja menarik minat orang Singapura, malah dari jirannya sendiri, Johor. Lebih tepat lagi, Tunku Mahkota Johor (TMJ) – iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah berkunjung ke situ.

Baginda dengan isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam bulan lalu datang merasai santapan di FatPapas. Uniknya, lawatan mengejut TMJ tanpa temujanji itu dilakukan pada Ramadan lepas di cawangan Fatpapas di Bali Lane.

Sheikh Haikel mendedahkan kepada agensi MediaCorp Singapura bahawa beliau dan TMJ sebenarnya sudah lama bersahabat: “TMJ adalah kawan Haikel. Dah nak masuk 14 tahun kami berkawan. Dia beri kejutan pada malam itu.

“Selalunya jika dia nak turun ke mana-mana, dia akan bagitau awal. Oleh kerana dia berhati-baik dan selalu ingin menggembirakan yang lain, dia datang secara mengejut. Kami berbesar-hati menerima kedatangan dia dan isteri.”

Restoran FatPapas sebenarnya adalah versi halal daripada restoran terkenal FatBoy’s yang cukup sinonim dengan burger-burgernya yang menyelerakan. FatBoy’s sendiri dilaporkan mempunyai 20 cawangan di beberapa negara.

Mungkin ada tanya, mengapa Joo Chiat jadi pilihan Sheikh Haikel, 41, untuk buka cawangan kedua. Rapper hip hop dan bekas DJ stesen radio yang pernah membintangi filem popular Army Daze pada 1996 itu menjelaskan rahsia.

“Atas kesedaran bahawa di Joo Chiat tidak ada banyak kedai makanan yang halal dan saya tahu ramai orang Islam ada di situ, sama ada mereka memang bekerja di situ dan tinggal di kawasan Katong, Marine Parade dan Siglap.”

Restoran itu turut memperkenalkan burger baharunya iaitu Churger Royale. Ia sangat istimewa kerana dibuat daripada churros. Setakat ini, burger yang paling terlaris di dua cawangan FatPapas ialah Country Fried Sheikh.

Mengulas lanjut, beliau turut tidak bimbang dengan persaingan sengit ketika terdapat banyak juga restoran serta kafe halal sekarang ini yang menyajikan pelbagai burger serta makanan Barat di merata Singapura.

“Haikel tidak pernah rasakan mereka adalah persaingan kerana masing-masing ada keistimewaan sendiri. Haikel masih lagi ke restoran yang lain kerana jika makanan itu sedap, ia perlu dihargai” katanya dengan nada ikhlas.

FatPapas namun kini turut mendapat sambutan yang cukup baik dalam kalangan pelanggan Islam setempat. Isterinya yang sudah bertudung sejak awal Januari lalu – bersama-sama mengasaskan restoran Fatpapas

“Secara jujur, saya bukanlah orang bisnes. Cuma saya tahu ada makanan yang cukup sedap. Apabila makan dan saya kata ia sedap, ia benar-benar sedap. Badan saya sendiri ini sebagai bukti!” kata Sheikh Haikel sambil ketawa.

Bagaimana pula dengan kerjaya nyanyian Haikel kini setelah bergelar tauke dua buah restoran burger? Apakah ia tidak lagi penting dalam kamus hidup beliau? Menurutnya, muzik tetap menjadi sebahagian dari kehidupannya.

Malah, dalam masa terdekat ini, Sheikh Haikel akan muncul dengan single terbaharunya sebagai hadiah kepada para peminat yang mungkin sudah sekian lama menantikan lagu terkini daripada bapa kepada tiga orang anak itu.

“Yang pasti, ia tiada kena mengena dengan burger. Bila buka restoran Bali Lane, dah berniat nak buat lagu tentang burger tapi rasanya akan ambil masa lama. Single saya nanti itu sudah direncanakan dulu sebelum adanya Fatpapas.

“Jadi saya rasakan single selepas ini adalah untuk Fatpapas sudah semestinya” kongsi Sheikh Haikel. Untuk single terbaharu, Haikel beri sedikit gambaran bahawa ia berkisar kepada ‘percutian dan luang masa bersama keluarga’.

Selain itu, beliau dan isteri juga juga mempunyai syarikat sendiri bernama Sports Star Network yang bertindak sebagai ejen ‘penjagaan media sosial” pemain bola sepak seperti Baihakki Khaizan dan Hariss Haruni.

Sheikh Haikel dijangka ke Jakarta, Indonesia pada minggu depan untuk menguruskan syarikat tersebut sekali gus untuk pembukaan pejabat baharu mereka di sana nanti. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kisah Rapper Singapura Buka Kedai Burger Halal Dan TMJ

Sekianlah artikel Kisah Rapper Singapura Buka Kedai Burger Halal Dan TMJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah Rapper Singapura Buka Kedai Burger Halal Dan TMJ dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kisah-rapper-singapura-buka-kedai_15.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :