Judul : Syarikat Tempatan Digesa Manfaatkan Segera Industri Kargo Udara
link : Syarikat Tempatan Digesa Manfaatkan Segera Industri Kargo Udara
Syarikat Tempatan Digesa Manfaatkan Segera Industri Kargo Udara
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengasas Alibaba Group, Jack Ma “berada di sini” dan mengambil ruang yang luas di kawasan kargo KLIA, sekali gus bukti jelas kepada usaha Zon Perdagangan Bebas Digital.
Beliau berkata, berlaku kekurangan ruang ketika ini memandangkan banyak syarikat lain juga berminat untuk melabur di negara ini.
“(syarikat tempatan) Jangan hanya tunggu dan lihat, manfaatkan peluang itu dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pusat Pengedaran Komponen Global Kuala Lumpur Renesas Electronics di sini, hari ini.
Katanya, beliau telah memaklumkan Malaysia Airports Holdings Bhd supaya memberi keutamaan kepada syarikat tempatan yang memerlukan ruang di kawasan kargo.
“Kita berada di tahap pencapaian yang sangat positif untuk menjadikan Malaysia sebagai hab logistik ASEAN memandangkan kita tidak pernah menyaksikan banyak minat terhadap (kawasan) kargo KLIA sebelum Jack Ma, dan kini syarikat Jepun, Renesas, manakala banyak syarikat tempatan semakin berkembang di sini,” katanya.
Mengenai pusat pengedaran Renesas Electronics, Liow berkata syarikat dan Tasco Bhd memerlukan tiga tahun untuk menubuhkan pusat berkenaan, dan mengambil 300 staf baharu yang kemudiannya dilatih untuk pengendalian kargo di kemudahan itu.
“Pembukaan pusat tersebut bukan hanya satu pencapaian bagi Tasco malah juga buat industri logistik di Malaysia, memandangkan ia menetapkan piawaian baharu untuk syarikat lain melaksanakan penanda aras,” katanya.
Beliau berkata, Tasco juga merancang untuk meneroka rantaian logistik sejuk bagi industri makanan dan minuman.
“Ia juga merupakan bidang yang perlu kita sokong. Sayur-sayuran dan bunga dari Cameron Highlands dihantar melalui Singapura, bukan KLIA, kerana kita tidak mempunyai sistem rantaian sejuk yang baik di Malaysia,” katanya.
— BERNAMA
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Syarikat Tempatan Digesa Manfaatkan Segera Industri Kargo Udara
Anda sekarang membaca artikel Syarikat Tempatan Digesa Manfaatkan Segera Industri Kargo Udara dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/syarikat-tempatan-digesa-manfaatkan_6.html