Petinju Kanada, Thailand Sertai Kejohanan Muay Thai

Petinju Kanada, Thailand Sertai Kejohanan Muay Thai - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Petinju Kanada, Thailand Sertai Kejohanan Muay Thai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Petinju Kanada, Thailand Sertai Kejohanan Muay Thai
link : Petinju Kanada, Thailand Sertai Kejohanan Muay Thai

Baca juga


Petinju Kanada, Thailand Sertai Kejohanan Muay Thai

KOTA BHARU – Petinju dari Kanada dan Thailand adalah antara 24 peserta bakal beraksi pada Kejohanan Antarabangsa Muay Thai Kuda Merah yang akan berlangsung di Dewan Uthmaniyah Pulau Lima, Sungai Petai, Pasir Puteh pada 14 hingga 16 Julai ini.

Presiden Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan (PSBNK) Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata tiga peserta dari Thailand dan dua peserta Kanada akan menyertai kejohanan tersebut bersama 19  peserta lain daripada kelab negeri ini, Terengganu dan Pahang.

“Peserta-peserta itu akan bertanding dalam 12 regu melibatkan enam regu pada 14 Julai dan enam regu  lagi pada 16 Julai bagi merebut tali pinggang yang ditawarkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Kejohanan tersebut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.

Mohd Fared berkata kejohanan kali ini turut mendapat kerjasama daripada Kelab Muay Thai Kuda Merah, Persatuan Boksing Pasir Puteh, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Kami dari semasa ke semasa akan menganjurkan kejohanan seumpama ini bagi menarik lebih ramai peserta dari luar negara bagi memberi saingan kepada petinju tempatan,” katanya.

Beliau berkata sejak awal tahun ini, PSBNK telah menganjurkan kejohanan peringkat tempatan dan antarabangsa, sekurang-kurangnya empat kejohanan setiap bulan.

Beliau berkata kejohanan berkenaan juga sebagai platform bagi persatuan itu mempromosi Kelantan sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan sukan tersebut di samping mencungkil bakat baharu.

“Kita mahu menjadikan Kelantan sebagai negeri yang terkenal dengan sukan Muay Thai dan mampu melahirkan jaguh di peringkat antarabangsa seperti dilakukan Thailand,” katanya.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Petinju Kanada, Thailand Sertai Kejohanan Muay Thai

Sekianlah artikel Petinju Kanada, Thailand Sertai Kejohanan Muay Thai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Petinju Kanada, Thailand Sertai Kejohanan Muay Thai dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/petinju-kanada-thailand-sertai_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :