Syafakallah: Ya Allah… Sembuhkanlah Saleem

Syafakallah: Ya Allah… Sembuhkanlah Saleem - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syafakallah: Ya Allah… Sembuhkanlah Saleem, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syafakallah: Ya Allah… Sembuhkanlah Saleem
link : Syafakallah: Ya Allah… Sembuhkanlah Saleem

Baca juga


Syafakallah: Ya Allah… Sembuhkanlah Saleem

SALEEM lagenda pop rock. Atau boleh sahaja dianggap Raja Rock Jiwang tanahair. Senarai 84 lagu nyanyian Saleem disenaraikan sebagai hits.

Saleem mencipta nama bersama Iklim pada 1990 melalui album Satu Kesan Abadi, terbitan Suria Records. Lagu Suci Dalam Debu meletakkan Saleem sebagai Artis Sepanjang Zaman yang tidak akan dilupakan industri muzik.

Saleem muncul bersama Iklim sehingga 1996. Pada 1998, Saleem muncul solo melalui album Juwita. Lagi itu meletup, membuktikan Saleem memang penyanyi tulen. Banyak suka-duka hidup penyanyi anak Terengganu ini. Jeritan Jom ke laut weiii dalam lagu Blues Ganu Kita menjadikan Saleem akan dikenang sebagai anak jati negeri nelayan pantai timur di dunia seni.

Banyak kemelut dilalui Saleem. Tetapi itu warna-warni perjalanan anak manusia dalam kehidupan. Saleem manusia biasa; ada hitam putih dalam sejarahnya.

Banyak kebaikan dilakukan Saleem. Bukan sekadar menyanyi dengan suara serak syahdunya yang berjaya mengisi kemeriahan industri muzik. Malah, sebagai manusia biasa, Saleem memang seorang yang baik.

Ketika di puncak kejayaan, Saleem sayangkan peminatnya. Pasti ramai yang ada pengalaman mengejutkan selama menjadi peminat fanatik ketika menemuinya.

Saleem kalau jumpa peminat, terutama orang yang sanggup menunggunya di belakang pentas, atau merentas jauh menghadiri shownya, dia sangat menghargai.

“Ohhh… jauh mung mari notong ambe,” kata Saleem dengan loghat Ganu masih menebal.

Waktu itu, ramai peminat fanatiknya menerima layanan yang amat baik. Antaranya, dihulurkan wang makan atau belanja buat tambang pulang. Saleem akan menggagau kocek, memberikan apa yang ada. Saleem jenis yang sangat tersentuh dan menganggap dirinya budak kampung yang bertuah kerana punya peminat.

Kini Saleem menanti untuk mereliskan lagu baharunya. Judulnya Karma Cinta.

Syafakallah. Moga Saleem segera sembuh dan kembali bersama peminatnya. Moga Saleem berpeluang ke Mekah, kerana itu yang diinginkan sejak kebelakangan ini.

Cepat sembuh Saleem. “Ambe tunggu nok ajok mung ngeteh di Kampung Baru….” – Mynewshub.cc

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Syafakallah: Ya Allah… Sembuhkanlah Saleem

Sekianlah artikel Syafakallah: Ya Allah… Sembuhkanlah Saleem kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syafakallah: Ya Allah… Sembuhkanlah Saleem dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/syafakallah-ya-allah-sembuhkanlah-saleem_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :